[Travel] Bangkok Day 4 - Part 1 : MRT, Chatuchak Wekeend Market, Ais Krim Kelapa, Thai Silk, Chai Yen (Thai Milk Tea), Bangkok Fashion Outlet, Turki Kebab

Thursday, March 17, 2016

Hari terakhir berada di Bangkok. Cepat betul masa berlalu. Hari minggu memang menjadi tumpuan pelancong terutamanya yang ingin ke Chatuchak Market. Rasanya dalam tentatif, inilah antara tujuan kami selain ke Platinum Mall. Memang exited nak ke sana, rata-rata orang kata barangnya jauh lebih murah dan pelbagai barangan boleh ditemui. Kami bangun awal dari biasa. Kalau ikut dari pengalaman di dalam blog-blog lain, memang perlu pergi awal untuk mengelakkan kesesakan pada hari minggu dan panas.

Stesen MRT
Kami menaiki stesen BTS Surasak yang paling hampir dengan kami. Berjalan dalam 700m lebih kurang 10 minit tapi tu agak penat juga T_T sampai di stesen, tak begitu ramai tapi yang bagus, beratur! Perasaan tu, sama je macam naik LRT. Nak beli tiket pun guna mesin, orang kaunter akan bagi tau macam mana nak tekan. Sampai di Mo Chit Stesen, kena jalan sikit la ke Chatuchak Market.




Chatuchak Market
Setibanya di sana, cuaca pun tak berapa panas lagi, sebab sampai pun masih pagi dalam pukul 9 lebih. Kedai pun ada yang belum buka, dan sudah ada yang buka. Kami memasuki pintu yang senang masuk dan keluar iaitu betul-betul yang berhadapan dekat tempat kami masuk dari turun train tadi. Pintu tu ingat nombor berapa, jangan risau di sini akan diberikan juga peta untuk kemudahan pelancong. Ni je gambar sempat tangkap haha.



Tips shopping di Chatuchak Market
  • Datang awal pagi seawal 9-10 pagi di sana
  • Pakai baju bersesuaian kerana tengah hari memang panas dan rimas!
  • Tak galakkan bawak anak kecil, kesian T__T panas, dan sesak. If bawa yang dah pandai jalan, bawalah stroller yang mudah di bawa dan ringan.
  • Pakai sport shoes! atau yang mana selesa
  • Dapatkan peta lokasi untuk rancang destinasi 
  • Set target nak beli apa. Kalau tak, anda akan membuang masa, kepenatan berjalan tanpa arah tuju
  • Pakai tudung sarung dan mudah. Cotton lagi bagus.
Kami tiada arah tuju pada mulanya. Target untuk shopping di sana hanya untuk dapatkan kain Thai Silk yang di pesan oleh kakak ipar. Katanya di sini lebih murah berbanding tempat lain. Sampai di sana, suami ingin melihat tempat jualan binatang-binatang tapi kami tak jumpa. Jumpa kawasan seperti di dalam peta, tapi tak nampak pula orang jual ikan-ikan, burung, kucing. Kami banyak jumpa makanan dan permainan binatang. Kecewa dengan itu, kami pun ingin mencari tempat berehat. Masa ni dah mula panas.

Ais Krim Kelapa
Siapa tak kenal Sangkaya? Inspirasi daripada aiskrim di Thailand. Bersepah kat sini! Murah pula dalam RM3.50. Kelapa kat Thailand memang manis dan wangi, tak perlu tambah gula. Duduk-duduk sambil makan aiskrim, hajat di hati macam nak tambah lagi haha. Tapi tak tahu kenapa lupakan niat tadi. Kami teruskan perjalanan. Jumpa kedai jual air, Wa ternampak air tin Coke Cherry. Mahal sangat orang ni jual tapi dah niat nak bagi survenior kat abang. Memandangkan dia collect Coke.








Thai Silk
Kami ada survey terdapat kawasan yang menjual pelbagai kain di Bangkok terutamanya Thai Silk. Contohnya seperti di Jim Thompson (high end selection thai silk bertempat di belakang Crown Plaza, Bangkok) dan Sampen Lane. Kami cari di Chatuchak Market dengan harapan mungkin dapat yang murah. Tapi agak hampa sebab kebanyakkan kedai jual kain, lebih kepada menjual sarung bantal, alas meja. Nak cari thai silk plain agak susah. Jika ada pun warna memang limited dan, setiap paket tersebut akan ada 2 meter plain silk dan 2 meter kain ala songket. If nak beli per meter agak sukar dan begitu mahal. Dalam 1 paket dalam RM60.

Jus dan Buah-buahan segar
Memang tak di sangkal lagi, Thailand ni bab teknologi hijau die memang maju. Buah-buahan sentiasa ada. Hehe. Yang seronok bila senang je nak jumpa orang jual buah potong dan jus buah di tepi jalan. Dekat sini, memang banyak la orang jual. Buah oren yang kulit hijau tu, yaaa ampunnnn sedap gila jus dia!! If kat sini macam masam-masam juga. Satu botol dalam RM2-3 macam tu. Yang tak kesampaian Wa tak sempat beli jus delima!!!! Memang menyesal sungguh. Konon nak beli masa balik, tapi dah kepenatan jadi macam malas nak singgah.



Makanan Halal di Chatuchak Market
Makanan halal ada terdapat disekitar kawasan tempat makan. Tapi kami tak berhasrat untuk makan di sini. Makan-makan yang mudah seperti kebab, buah-buahan, ais krim, makanan goreng pun dah kenyang! Selain dari buah, kami ada juga makan kebab (kebab ni banyak cawangan, boleh jumpa merata-rata di Bangkok. Masa nak balik kami terjumpa ini!! Dah la lapar tahap maksimum, panas-panas pula di goreng. Besar kot! Apa lagi kami pun rembat hehe.







Chai Yen - Teh Thai yang Popular
Kalau perasan, kat Malaysia sekarang di landa penangan coffee di tepi jalan. Fenomena di dah lama kat sini. Teh Thai yang uols beli kat Malaysia tu, asal dari Thailand. Warna nya agak keorenan macam letak pewarna hehe. Pada mulanya was-was nak minum, tapi sekali minum memang sedap!!! Ada jual serbuknya dalam paket, berlambak jual kat Chatuchak Market. Wa tak beli pun. Yang jual dalam paket tu green tea dan chai yen. Memang murah2 je. If uols datang sini, jangan lupa singgah kat gerai mamat ni. Dia pakar pusing-pusing sambil buat teh tarik. Coffee dan teh dia memang sedap. Tak tipu! 5 Bintang!!!! Kalah mamak weh.



video


Sambungan PART 2.


Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.