Pakej Urutan Tradisional Selepas Bersalin Bangi

Tuesday, November 10, 2015


Dalam masa mengandung lagi Wa dah mula booking untuk pakej bersalin dari kawan mak mertua. Memang dah kenal dari Wa belum kahwin lagi. Tak survey la dekat orang lain sebab mertua dan suami pun suggest ambil dari dia. Pada mulanya agak ragu-ragu sikit nak ambil ubat-ubat tradisional ni, maklumlah kita tak pasti ketulenan ramuannya. Kalau beli yang ada nama tu yakin lah sikit. Tapi bila dengar dia buat rempah-ratus pun mertua belikan dari Penang yang Wa sendiri tengok herba-herbanya. Memang fresh dan berkualiti..InshaAllah terjamin keasliannya.


Ini PAKEJ MELOR (10 Hari) yang Wa ambil dari Mak Cik Nor ;

  • Mandian Serum Semulajadi - Daun kayu serum disediakan untuk mandian ibu selama 10 hari. Kelebihan mandian serum ialah badan terasa segar dan bertenaga.
  • Urutan Regangan - Urutan dilakukan selama 3 hari untuk melancarkan perlancarandarah dan otot-otot yang terasa tegang supaya lembut dan juga memecahkan lemak.
  • Bertungku - Bertungku selama 10 hari untuk melembutkan dan memberi kelegaan pada bahagian urat saraf serta memecahkan lemak.
  • Barut Dan Berbengkung- Barut dan berbengkung selama 10 hari bertujuan untukmengurangkan perut buncit dan menegangkan perut.
  • Berbedak- Bedak akan disapukan selama 10 hari pada seluruh badanuntuk mencantikkan, melembutkan dan menyegarkan kulit.
  • Berpilis- Pilis disapukan selama 10 hari pada dahi untuk manghilangkan rasa pening dan pitam.
  • Sapuan Minyak- Minyak disapukan dari pangkal peha hingga ke hujung jari kakiuntuk dimasukkan stokin selama 10 hari.
  • Ikat Rambut- Ikat rambut selama 10 hari bagi menjadikan pipi tegang.
  • Mandi Bayi- Memandikan bayi termasuk urutan perlahan untuk bayi dan tuam.

Sampai sahaja Mak Cik Nor dalam pukul 9-10 pagi, dia akan mandikan baby dulu. Dalam pemerhatian Wa urutan pada baby tu biasa saja. Tak ambil masa lama. Wa ambil sekali mandian sebab Mama tak berani lagi pegang baby baru lahir. Tapi tak sangka pula mertua Wa duduk di rumah sekali, jadi mertua Wa banyak mandikan baby kalau Mak Cik Nor terlewat. Agak rugii juga sebab pakej ni dan pakej 40 hari saja ada termasuk mandikan baby. Yang lain tiada dan agak murah. Apa yang istimewa, tuam untuk baby disediakan. Wa tak pasti apa yang diisi dalam tuam tu tapi sudah tentu herba.

Kemudian, dah selesai mandikan, baby selalunya Wa susukan dan tidur. Mak Cik Nor akan panaskan air dengan serai wangi, dan daun-daun herba lain untuk mandikan Wa. Memang wangi dan fresh sangat! Yang malunya, dia yang mandikan, haha. Masa mandikan, dia akan sapukan scrub! Berbedak tu la maksudnya scrub. Bahan-bahan ni pun buatan sendiri. Wa memang lupa apa bahan dia. Yang pasti ada temulawak. Kata orang tua, ia untuk memutihkan kulit. Yeke? Lepas scrub, kulit memang rasa lembut dan wangi. Yang pasti kesan-kesan hitam dekat leher dan celah tangan semakin pudar. Alhamdulillah. Satu hari akan rasa segar kalau amalkan mandian dan scrub ni, tak tipu. Rasa macam berangin je.

Lepas mandi, Mak Cik Nor akan sediakan minyak panas untuk sesi urut. Masa hari pertama dan kedua, Wa minta dia urut untuk keluarkan susu. Rasa segar lepas urut badan. Kemudian dia akan guna tungku batu sungai. Yang ni memang Wa suka sebab rasa urat-urat kita tu kecut dan rasa ringan je badan. Lepas urut, dia akan sapukan sekali lagi minyak tu pada peha sampai ke tapak kaki dan pakai kan stokin. Kemudian, dia sapukan campuran cuka epal dan beberapa rempah pada perut dan belakang sebelum pakai kan barut. Barut ni, mertua Wa yang jahitkan. Alhamdulillah nampak perbezaan bila pakai barut tradisional ni. Dari kena tambah tali (sebab tak muat) sampai tali tu berlebih-lebih. Susut sangat perut Wa! Barut ni seeloknya pakai dari pagi sehingga pagi esoknya bila nak mandi. Tapi Wa malam nak tidur dah buka hehe. Sebab tak selesa, dan longgar.

Selepas selesai ikat barut, siap-siap pakai baju..dia akan ikatkan rambut tinggi-tinggi bersanggul dan memang ketat! Lepas tu dia pakaikan pilis. Sejuk je pilis ni. Pilis ni, dia buat sendiri. Untuk kesemua bahan-bahan ni, Wa bayar RM400. Bahan yang dia beri adalah ;

  • Jamu
  • Pilis
  • Teh Herba
  • Scrub Mandi
  • Rempah untuk berbarut
  • Minyak Urut
Pada Wa agak mahal juga harganya. Tapi sebab dia guna bahan semulajadi tanpa kimia. Rasanya susah nak cari. Plus, semuanya dari laman rumah dia dan beli rempah/herba segar dari Penang. Mungkin itu kelebihannya. Untuk kesemua bahan ni, dia akan beri kita satu bekas besar. Dalam bekas tu, ada bekas-bekas kecil yang diisi bahan-bahan tadi untuk tempoh 44 hari berpantang. Maaf lah tiada gambar T_T memang lupa sangat nak snap. Masa pantang telefon ni entah kemana, sibuk dengan baby, tidur dan pump susu!

Wa cuma amalkan jamu dan teh herba selepas 30 hari berpantang. Nurse ada pesan, kalau nak makan jamu lepas 30 hari. Wa sebenarnya memang tak nak makan jamu sebab takut panas dan beri kesan pada baby. Tapi kuatkan makan untuk elokkan dalaman badan. Jamu tu Wa makan satu sudu teh, campur dengan madu dan air suam. Minum sebelum tidur. Teh Herba tu rebus satu plastik, dan simpan untuk diminum awal pagi. Rebus sehingga tiada rasa dan pudar warnanya. Tak lama juga Wa minum dalam seminggu hehe. Mertua tak bagi, sebab masa amalkan tu, perut Ziyad masuk angin, teruk juga. Tak pasti sebab Wa minum teh tu ke, atau sebab lain. Tapi sebab takut, Wa hentikan.

Jamu tu 2 minggu je Wa makan. Haha tak tahan betul rasa rempah. Wa prefer vitamin. Memang bagus jamu tu, tak nafikan. So, memang Wa continue ambil vitamin dari Shaklee & Amway saja. Later Wa akan share pasal vitamin Shaklee & Set Bersalin Amway! If korang berminat nak ambil pakej dari Mak Cik Nor, boleh tengok kat blog pakej-pakej dia dan hubungi dia. Mostly area yang dia cover Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Serdang! Klik disini

2 comments: