Pregnancy Update : 20 Minggu Kehamilan, Stretch Mark, Baby Dancing, Supplement

Thursday, April 23, 2015

As Salam, banyak betul entry tertangguh. Entry pasal wedding pun tak habis lagi nak share. Tunggu gambar baru seronok nak update :) InshaAllah lepas ni Wa akan update pasal baju bersanding Wa di Putrajaya.

Menjangkau usia kandungan ke 20 minggu. Banyak juga perbezaan. Masuk saja trimester kedua iaitu dari minggu ke 16. Perubahan ketara ialah, pening yang teruk dulu dah tiada. Adalah kadang2 tu dia datang. Tapi jarang sangat. Dan rasa lebih energy. Tak lagi lesu dan mengantok. Rasanya trimester kedua ni lebih enjoy!

Masuk minggu ke 20, Wa dah mula rasa ada angin sepoi-sepoi bahasa dalam perut ni. Kata orang masa ni dah boleh rasa gerakan baby. Tapi tak obivous sangat, mungkin perut Wa tebal dan besar (chubby la katakan). If orang kurus-kurus tu, mungkin dah rasa tendangan sulung. If rasa cam movement je, Wa pegang perut tak rasa pun lagi kat kulit. Hehe tak sabar nak tengok gelombang bayi. Sabar ye Wa. InshaAllah 6 bulan nanti kot baru rasa gerakan baby sepenuhnya. Bukan apa, Wa tak pasti sama ada Wa sorang saja ke yang rasa macam ni. Until now, sometimes, rasa tak preggy pun. Sbb perut lebih kurang sama, tak nampak perubahan sangat, and tak rasa movement. Salu bertanya, baby ada tak ni?? (Dalam hati memang berdoa banyak, hope baby sihat)

Masuk minggu ke 20 juga, perut Wa dah nampak dari segi visualnyalah. Sebelum ni pakai baju orang takkan perasan. Sekarang ni, boleh perasaan. Wa masih lagi pakai blouse Wa, baju preggy pun tak beli lagi. Memang seluar dan sesetengah baju dah mula sendat. Akhir bulan ni, memang plan nak pergi beli. Then, perut pun dah mula keluar stretch mark. Memula garisan pendek je ada 3 line. Sekali ada pagi tu bangun, tengok je kat cermin. OMG. Obvious betul garisan dia keluar. Petir-petir berwarna silver (putih-putih) ! Terus rasa cuak. Perut tak licin dah T_T. SIL ada bagi cream stretch mark dari Pureen. Nak habis kan tu, then Wa nak pakai Bio Oil. Memandangkan, ada satu botol tak habis lagi yang lama punya.

Panties pun kene beli baru. Memang tak buat lagi yang lama. Baju dalam still boleh pakai lagi, memang rasa sempit sikit sebab dah pakai cangkuk last. Nak prepare beli juga. Kaki dah start rasa sakit. Mungkin sebab berat dan tekanan. Tak bengkak lagi, tapi Mama ada tegur nampak kaki macam nak bengkak. Macam biasa petua tidur kaki tu letak bantal tinggi. If jalan jauh, memang rasa sakit kaki dan mengah. Masuk trimester kedua juga, keputihan makin menjadi. Wa elakkan minum soya, dan banyakkan minum air kosong. Mudah-mudahan berkurangan.

Selain dari tu, takda lagi perubahan ketara. Masalah jerawat atau ruam buat masa ni, tiada. Cuma kulit muka kering. Ada rasa gatal-gatal kat kaki. Selera makan tak berubah. Wa banyakkan makan buah-buahan. Setiap minggu ada beli tembikai, betik, tembikai susu, mangga, anggur. Tidur cepat lena, mengantok sangat-sangat. Rasa penat sangat badan. Tapi bantal kena tinggi. Masa minggu ke 16 ada appointment klinik, timbang berat turun 2kg. Nurse tegur minta jaga pemakanan, jangan skip makan. Memang pelik sebab Wa sentiasa nak makan! So, lepas ni memang Wa sentiasa makan kerap supaya walaupun tak rasa lapar. At least makan buah ke, dalam perantara makan tengah hari dan malam. Wa akan buat macam tu.

Untuk supplement, Wa baru amalkan Ostematrix dan Omega Guard dari Shaklee. Memandangkan klinik tak provide pil kalsium dan Wa memang tak minum susu. Jadi kene cari alternatif lain. So, ni pengalaman Wa masa masuk minggu ke 20 Ibu-ibu lain macam mana?




1 comment

  1. Assalamualaikum w.b.t kak...
    Tahniah kak... semoga baby & akak sentiasa sihat..
    Best baca blog akak.

    kalau tengah cari set untuk berpantang, boleh singgah kat blog saya.
    :D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.