Food & Travel Penang 4 : Nasi Dalcha Kassim, Round Penang Island Balik Pulau, Hard Rock Penang, Jeruk Chowrasta, Ais Tingkap, Art Museum, Armanian Street, Street Art

| On
1:31 AM
Untuk hari terakhir di Penang, MIL suggest untuk round Penang. Bermula dari Hotel kami di bandar ke Bayan Lepas, Balik Pulau, Batu Feringhi. Gurney Drive, Padang Kota. Selepas pickup MIL di Bayan Lepas (rumah anak buah MIL), bermula lah perjalanan naik turun bukit. Jalan memang kecik yang amat, nasib lah ada pembahagi jalan kat tebing tu, ngeri tengok curam. Pemandangn yang indah, lalu kebun durian dan buah pala. Kalau musim, memang best nak turun makan durian! MIL kata ada chalet disediakan if nak berkampung makan durian. Bila dah sampai ke puncak view laut yang sangat best. Hampir 1 jam juga menempuh jalan Balik Pulau ni. Ni dia view bila sampai puncak.


Bila turun, akan lalu empangan, tak pasti empangan apa. Memang cantik. Sorry takda gambar. Destinasi seterusnya nak lepaskan gian Si Dia untuk singgah ke Hard Rock Cafe. By the time, memang rasa nak terkucil sangat. Lepas membeli sehelai baju (jadilahh) pergi lah singgah hotel HRC. Pehhh memang best lah swimming pool dia, bilik pun open direct ke pool. Memang awesome. Mahal tu pasti, mat saleh je ramai sini. Interior memang sempoi dah cantik. Lepas tunaikan hajat, perut dah berkeroncong.





Batu Feringhi, banyak betul kedai makan arab. Ramai pelancong arab mungkin. Next time lah plan duduk sini pula. Pantai dia macam best jugak, cuma jauh sikit nak pergi ke bandar. Lalu ke Gurney Drive, Padang Kota memang sejuk je mata. Kalau nak cuci mata memang tempatnya kat sini. Tumpuan tempat makan sambil layan angin laut. Kalau kat JB tu ala Danga Bay. Sepanjang Padang Kota tu kalau susur di tepi tebing tu ada la orang jual-jual dan shopping mall yang gah, amboih. Teringin la nak singgah tapi tak dapat. Then hilangkan dahaga kat Chowrasta minum cendol, ais tingkap dan ABC. Nampak lah pakcik tua dok masak. Ramai pulak beratur kat die. Kesian tengok sebab dah tua sangat berniaga sorang2. Tanya lah adek sebelah meja, dia kata dari kecik memang pakcik tu masak and sedap gila. Kami tengok mee goreng die pun terliur!








Seterusnya lunch makan nasi dalcha. Lapar kot, memang balun habis. Amek telur sotong (rasanyalah telur sotong) Besaq bukan main. Kuan setempayan. Air Kelapa. Pehhh memang lega. Selepas makan, kami, ke Museum Art. Kat Penang ada beberapa Museum Art ni, bezanya artwork berbezalah. Tapi konsep yang sama. Wa pergi Penang Trick Art Museum. Ramai jugak, sometimes kena tunggu nak tangkap gambar kat art tu. Well, for me tak berapa fun haha. Okay-okay lah. Art dia tak berapa nak trick sangat kot. Kena try pergi art museum lain try tengok.



Then, jalan-jalan nak cari art street. Kalau uols p, cari lah map dia, so senang nak cari art ni kat jalan mana. Sebab jauh juga nak berjalan. Ramai pelancong guna basikal nak jalan kat sekitar bandar ni. Wa park dekat Armanian Street. Kat situ rupanya happening orang menjual barang terpakai. Btw, sangat lah terpakai haha. Cermin mata, selipar, and benda merepek yang kita tak sampai hati nak jual or bagi orang pakai pun sebab dah usang pun depa jual jugak. Memang nak mencari duit kot. Ramai juga yang datang beli, mostly warga asing lah, bangla, indon yang kerja kontrak tu agaknya. But, ada yang jual barang antik dan barang yang susah nak jumpa.





Berjalan di sekitar tu, kami lalu pula di jalan ape tah hehe ala-ala china street. Happening, ada orang jual-jual, aiskrim kepal, artwork, orang buat tarian singa, kalau buat video memang best. Jalan tu ada juga kedai-kedai jual barangan antik, sourviner. Macam kat Melaka jalan dia. Celah-celah kedai tu ada lah artwork yang boleh kita bergambar. Penat berjalan sebab kami mencari gambar kucing gergasi tengah baring hehe. At last! Jumpa! Balik nak ke kereta rasa malas yang amat. Ramai orang sewa basikal kat jalan tu. Kalau Wa pergi berdua, ingin juga nak naik basikal. Balik tu memang haus tapi agak rugi tak try makanan kat situ. Ada apam, ada macam-macam yang boleh cuba.











Eh ni gambar Art Museum hehe. Sesat kat sini!







Selepas tu, kami solat kat hotel dan keluar pula dengan Aunty Pah. Nak ajak makan kat Nasi Kandar Beratur tapi tak bukak lagi. Kedai sebelum tu yang buka lauk pun dah kering. Dia nak bawak lepak kat padang kota area tepi laut. Lepak makan rojak, kerang bakar memang best. Rojak buah dia sedap. Tang mangga la sedap hehe. hantar MIL ke Bayan Lepas. Wa memang dah flat, penat betul sampai tertidur. Malam tu lapar yang amat. Tapau lagi Sup Hameed. Zzzzzzzz
Be First to Post Comment !
Post a Comment

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9