Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kerajaan Putrajaya Presint 9

Monday, July 14, 2014


Bagi bakal pengantin, ujian saringan HIV diwajibkan untuk melengkapkan permohonan perkahwinan anda. Alhamdulillah, Wa dah selesai menjalani ujian dan negatif heheh. Ramai yang nak tahu proses ujian ni, macam Wa juga tanya macam-macam kat kawan. Ambil darah banyak ke? Lama tak tunggu? Kene bawak apa? Ada medical checkup ke? Wa akan cerita kan pengalaman Wa kat Presing 9, Putrajaya.

1) Telefon Klinik Kesihatan
Untuk kepastian, lebih baik kita telefon klinik tersebut untuk tanya beberapa soalan. Kene buat appointment ke? Borang apa nak bawak? Sebab tak semua klinik sama. Ada yang kene buat appointment atau walk in, macam dekat Klinik Kesihatan Bangi ujian hanya pada pukul 8-12 pagi sahaja. Atau mungkin Borang HIV perlu print sendiri ke, kene ambil kat Pejabat Agama ke?, semua ni kena tanya.

2) Bawa Borang 2C/2D untuk rujukan dan Kad Pengenalan
Bayaran RM1 dikenakan untuk pekerja swasta, kalau kerajaan tak pasti hehe. Mungkin sama bayaran atau percuma?

3) Ambil Nombor, dan tunggu dipanggil. 
Bila dipanggil, pihak kaunter akan tanya untuk apa, kerja kerajaan atau swasta, dan buat bayaran RM1 di kaunter tersebut. Kemudian dia akan bagi Kad Q. Kad tu ada nombor yang baru dan tunggu kaunter triage pulak panggil

4) Kaunter Triage
Bila nombor dah dipanggil, beritahu tujuan kita, dia akan bagi Borang HIV untuk diisi. Dan dia terangkan nak pergi bilik prosedur mana dan cara-cara.

5) Bilik Prosedur 21
Kat sini, Kad Q tu letak dalam bakul yang disediakan atau kalau jururawat ada dia ambil terus. Dia akan panggil dan ambil borang. Ambul darah sikit je, macam ambil darah untuk kencing manis. Titik jarum kejap tak sampail 10 saat selesai.

6) Bilik Doktor
Pergi ke kaunter (kalau tak tahu tanya jururawat kaunter mana nak pergi) sebab banyak kan. Scan Kad Q, dan tunggu sehingga nombor di panggil. Doktor akan semak keputusan tu dalam komputer saja. Jika, ok, dia sign dan pulangkan balik borang tu.

7) Done!


12 comments

  1. Salam,nak tnya,KK presint 9 ni just walk in je ke or ada certain waktu utk buat HIV test?

    ReplyDelete
  2. kalau x kawin boleh x wat ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, just cakap ngan kaunter. nak cek hiv :)

      Delete
  3. Borang 2c/2d nak ambik di mane

    ReplyDelete
  4. Boleh print dari sini dear ;

    http://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/perkahwinanProcedur

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Tak perlu pun xpe. Just in case takut lain klinik lain prosedur nye :)

      Delete
  6. kena bawa apa2 dokumen, atau lenggang kangkung je nak buat hiv test di precint 9 ni ye?

    ReplyDelete
  7. Dia open isnin sampai jumaat ke?

    ReplyDelete
  8. Pukul berapa dia punya wktu berurusan yee

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.