[Review] YSL Rouge Volupte Lipsticn in #29 Opera Pink

Wednesday, December 21, 2016
Hi, As Salam. Dah lama nak review pasal YSL lipstick ni. FYI, Wa ada ceritakan dekat Bangkok Makeup Haul untuk post yang lepas. Selama ni tengok kat You Tube je ramai yang review pasal lipstick ni. Serba sedikit cerita masa nak beli lipstick nan mahal ni. Masa nak balik dari Bangkok ke KLIA, lepas je check in macam biasa ada banyak cosmetics & perfumes yang terjual kat luar ruang menunggu tu, ternampak la counter YSL. tak besar pun cuma 1 rak kecil je. Memandangkan masih ada lagi berbaki duit Thai, kira nak habis kan lah ni, plus frust menonggeng tak dapat shopping baju..jadi memang tak nak lepas kan peluang. 

Masa nak cari warna yang menawan hati, ada lagi beberapa 2-3 orang perempuan yang sibuk nak try2 juga warna kat tangan. Termasuk Wa jadi 4 orang, oleh kerana ruang yang agak sempit, tak berapa selesa kita nak ambil masa untuk try2 kat situ. Maka warna yang best2 pun dah lupa kod nya haha. Ambil saja apa yang cantik, tak dapat nak try banyak2, tambahan pula susunan warna kat situ pun tak teratur! Sample dia pun macam tak tersusun dalam kotak kecil plus, takda SA pun yang datang bantu. Berbanding dekat Sephora, Wa boleh habis kan masa 30min kat depan rak UD Vice Lipstick haha dengan bestnya untuk try2 kat tangan ni ha.

YSL Rouge Volupte Lipstick in #29 Opera Pink

Lihat saja kemewahan kotak dan tube lipstick ni. Berat memang berat and memang semua orang akan jatuh cinta dengan packaging dia. Sangat- sangat mewah! Suka betul bila buka tutup lipstick bila rasa smooth je dia tutup. Ada magnet gitu. Warna yang di tengah tube tu membawa kepada warna yang berada pada lipstick. I think memang sama betul!


Wa da love and hate relationship dengan texture lipstick ni. Memang sangat creamy & moisturizing tapi tak berapa nak long lasting. If nak compare dengan UD Vice Lipstick (if texture Sheer), for me YSL more pigmented and the texture memang sama lebih kurang Sheer punya texture. Wa tak pandai nak explain sangat, tapi itu yang Wa rasa bila apply. This kind of texture memang kene touch up la especially if lepas minum or makan.



Apa yang Wa tak suka bila pada mula Wa apply, warna dia agak tak berapa nak blend dengan warna bibir and not smooth if kita ada bibir yang kering. Tapi bila dah lama-lama pakai macam 30 minit ke macam tu, its look like magic. Very nice colour and suits with me! Dulu masa beli macam menyesal pun ada now I'm loving it :)



No comments:

Post a Comment