Wedding Review : Pelamin Sanding by Indahwedding

Wednesday, August 19, 2015
Wa sangat tertarik design pelamin Indahwedding. Pada Wa Indahwedding ni memang ada talent, yang bestnya idea dari golongan muda-mudi. Lebih kurang sebaya Wa mungkin. Wa tertarik dengan design moden dan simple, penggunaan pentas yang penuh, design flow curtain yang kreatif, kombinasi warna yang tak sarat dan design chalkboard yang menarik. Pendek kata, semua idea dan design yang ada, semua memenuhi citarasa. Kebetulan scroll punya scroll ada promotion untuk pelamin harga dalam RM3k. Wa pun minta quotation. Bila tengok pakej yang termasuk, standard lah walkaway, pintu gerbang, red carpet, renjis, pelamin penuh cover background pentas, lampu led etc. 

Salah satu dalam top list yang Wa suka
Wa suka backround lace panel tu. Unik sangat!
Not my favourite tapi masih menarik
Last but not least, Wa suka curtain dia bersilang macam ni. Jatuh cinta sangat
Standard pakej pelamin selalu macam ni, cuma kena hati2. Sesetengah vendor, ada tak bagi red carpet, ada tak bagi pintu gerbang, ada tak masukkan walkaway or etc, jadi memang kene cek satu2 ye. Sebab kita ni selalu assume, bila pakej dia termasuk semua. Itu penting minta quotation, so, very clear apa diorang provide. And if takda contohnya alat renjis, takda dalam pakej Wa, kene tambah RM30 contohnya. Throw pillow kena tanya berapa, contoh dalam quotation takda sebut, tanya dia bagi berapa. Atas pentas ada sesetengah vendor tak cover lantai. Bogel je nampak lantai kayu. So kene tanya vendor cover tak lantai. Luas mana dia cover...tanya depan pentas cover tak, sebab kadang-kadang pentas if  tengok dari depan..ada yang buruk tu vendor tak sediakan skirting. Ada yang kene charge tambahan. So kene la verify.  Vendor yang professional, dia akan letak exact quantity dalam quotation. For me, memang patut ada. Masa ni, kita kene tanya habis-habisan, dan demand selagi boleh masuk dalam harga tu haha. Nampak macam annoying betul dapat customer ni. Sesetengah vendor, request yang simple dan tak membebankan diorang absorb je dan tak berkira. Jadi masa ni lah kita pandai-pandai nego. 

Sebelum ni Wa memang ada booking Pakej Chalkboard jadi bila dah tambah last minit amek pakej ni pelamin dengan Indahwedding juga..Wa minta contra chalkboard tu dengan upgrade design pelamin dan beberapa tambahan. If not, pakej ni design pelamin dia sangat simple. Tak dapat lah design2 yang kat atas tu hehe. Takda panel2, takda lace panel, takda bunga2 sakura. Just backdrop curtain yang simple tapi boleh request la nak flow design camne. So, bila ada kelebihan sikit tu, Wa request design yang Wa suka. Cuma Wa minta panel lace tak dapat. Aduh frust. Sekali lepas wedding Wa, keluar promo pelamin panel lace tu harga sama juga!! Damnnnnn..



Wa pilih warna pastel. Memang Wa tak nak warna pelamin sama warna dengan baju atau tema dewan. Jadi wa minta untuk buat warna peach and pink. Kalau cantik semua nak putih. And ada curtain silver-silver sikit. Cantik juga. Tapi ubah fikiran pula. If putih semua, dalam gambar memang cantik! Untuk dewan, Wa pilih tema light purple. Sebenarnya nak very light purple. Tapi catering takda, so pakai apa yang ada je. Wa tak ambil warna combo sebab takut terlalu banyak warna. Untuk baju family, Wa dah ambil royal purple dan saudara-mara ambil warna maroon. Memang tak nak bagi sama. Jadi orang pun tahu mana keluarga pengantin.

Pelaminku di Putrajaya

Masa tempahan dewan, selapas frust tak dapat Dewan Siantan, Perbadanan Putrajaya...memang Baba terus decide dewan ambil Dewan Serbaguna Presint 8. So, sementara nak tunggu if ada orang cancel last minute ke kan..mana tau rezeki hehe. Padahal masa tu, bulan 12 kot Wa tanya PPJ. Dah fully booked. Nasihat Wa if nak booking dewan kat Putrajaya ni, especially kat Perbadanan Putrajaya booking 1 tahun la paling afdal. If lewat je, memang susah nak dapat dewan yang kita target. So, bila dah confirm, Baba ada call 1-2 minggu sebelum wedding untuk confirmkan persiapan nak mulakan kerja-kerja kenduri tu bila boleh mula. Person In Charge kata lepas solat Jumaat boleh mula masuk barang dan pasang pelamin. Cuma kawasan court badminton saja tak boleh diusik. So, bila vendor tanya. Wa pun update macam tu la.

Dugaan betul bila vendor call stress macam nak mengamuk. Dewan ada event, pelamin tak boleh pasang sampai petang. Boleh masuk malam saja.Wa masa tu dah gelabah! Lain yang di rancang lain yang jadi. Vendor agak bengang la..silap Wa juga tak call balik 3 days before. Vendor cuba cari solution lain, dia terpaksa pasang pelamin kat KL dulu dan somewhere in atas dari Damansara..tak ingat mana. So, last destination baru pasang Putrajaya. Itu pun tak janji pukul berapa. Oh my god. Memang seriau. Wa takut tak sempat. Dewan tutup pukul 12 malam..walkaway memang tak dapat pasang malam tu sebab selagi orang badminton tak balik, selagi tu takley pasang. So, nak tak nak diorang kena datang pagi Sabtu pasang walkaway. Kawan Wa, Kak Linda tenangkan Wa yang dah pucat masa tu. Macam-macam kata positif dia bagi. Maklumlah, benda macam ni nak jadi. Kawan Wa kata, kalau betul dia vendor yang professional, dia takkan biarkan client dia takda pelamin. Nak tak nak, die kene siapkan even susah macam mana pun sebab customer dah bayar.

Muka happy je. Haha oh I love my skirt!
Malam tu pukul 10 malam Wa sampai kat dewan. Ramai saudara datang untuk tolong bawa barang ke dewan seperti goodies etc. Dalam dewan tu ada bilik VIP, bilik untuk persiapan yang keluarga boleh simpan barang, bersiap atau solat. Dalam tu lengkap dengan toilet. So tunggu punya tunggu, dalam pukul 11 malam team pelamin sampai. Wa tak berapa ingat pukul berapa. Yang pasti tepat pukul 12 malam, pelamin siap! Memang cepat, dan kebetulan team mereka satu lagi juga datang tolong siapkan pelamin. Sebab tu cepat siap. Dan paling Wa lega, orang main badminto habis awal, jadi kerja siap sepenuhnya malam tu juga. Ya Allah lega sangat. Boleh Wa tidur lena. Demam tu jangan cakap lah haha. Wa puas hati sangat hasil pelamin tu. Warna dan design seperti yang Wa nak. Terima kasih pada team Indahwedding espeacially Ummi. Masa habis buat tu, Wa jumpa Ummi untuk bayar belance, Wa memang minta maaf banyak-banyak kat dia dan dia pun cool je. Alhamdulillah, dia pun nak deliver yang terbaik pada customer dan dia lega sangat semua berjalan lancar. Memang tuhan permudahkan urusan mereka. Esok lepas kenduri, awal-awal mereka datang dan packing balik setelah majlis selesai. Memang cepat. Apa-apa pun Wa salute kat team Indahwedding. Nanti Wa update chalkboard pula okay :)

Hasilnya memang memuaskan!

Complete! Love it!
You can find them at ;

Instagram @indahwedding
Email indahuntukmu@gmail.com
Facebook ; Indah Wedding Rental & Stationary

No comments:

Post a Comment