Checklist Persediaan Barangan Bayi

Monday, July 20, 2015

As Salam, kali ni Wa nak share list berangan yang Wa ada buat untuk persediaan baby nanti. Wa dapat senarai daripada kawan dan Wa ada edit-edit sikit untuk rujukan Wa. Bagi Wa persediaan tu, setiap orang mungkin berlainan. Jadi ikut juga individu, ada ramai yang berpengalaman akan bagi nasihat supaya tidak perlu beli itu dan ini. Untuk permulaan, anak pertama kita rasa semua barang perlu beli yang baru. Cuba tanya kawan-kawan, ibu yang berpengalaman. Mungkin ada masa-masa tertentu baru kita sesuai nak beli. 

Ada item yang Wa dah buang, ini cuma list yang perlu sahaja. Item yang dah tick, tu yang dah beli. Wa letakkan brand dan harga untuk rujukan Wa. Yang Wa survey paling murah, Wa akan letak. Dan brand dan harga yang Wa dah beli. Tak semua barang yang Wa beli tu murah. Ada juga brand lain yang murah. Mungkin masa tu fikir, dah alang-alang. Beli saja sekali.


Dari semasa ke semasa, Wa akan revise balik item2 ni. Ada silap sikit hehe. Ampai untuk baby tu RM5 saja ye kat Daiso. Silap taip. If orang tanya mana Wa tengok harga2 ni. Hehe patut Wa letak column lagi satu untuk tulis kedai mana...tu penting. So, next time kita tahu nak beli kat mana. Wa beli barang kat ManjaKu Bangi. Agak mahal juga baju2 tapi banyak pilihan! And baju lelaki agak terhad sikit nak beli dari segi warna dan design. Ada juga Wa beli di Instagram dan Online Shopping. Contohnya di Nurizshar.com (online & store), QQ Baby Shop (store), One Baby World (online), @sofiababyground, @babysooka, etc. Sometimes, kene survey juga barang2 yang mahal tu kena compare. Contoh breastpump, stroller, car seat, etc.


Wa akan letak list berapa yang dah spend. Ada tarikh, nama kedai, jumlah belanja, resit simpan! So, kita boleh tengok berapa banyak kita dah belanja. Setakat ni, ada juga beberapa yang tak beli lagi. Target bulan ni kena habiskan. Kecuali bab stroller, carrier, etc tu later pun takpa. First 3 months, mungkin tak guna sangat. Breastpump Wa cadang nak beli Snowbear/Malish. Harga murah dan ramai juga kata bagus. Tak pasti sesuai atau tidak dengan kita. Harap-harap ok. Untuk set tilam baby, Wa berkenaan dengan beberapa IG yang lain dari yang lain design set tilam kekabu dia. Tapi harga agak mahal sedikit, cuma yang Wa suka pilihan corak dia dan kain minkydots tu yang tertarik. InsyaAllah Wa akan buat post survey/review untuk set tilam kekabu, brestpump, stroller dan diapers beg. Beberapa item ni, Wa rasa penting juga untuk survey (post kahwin pun banyak tergendala! haha)

Sepanjang pengalaman membeli baju baby (baru sekali dua pergi beli haha) Wa tengok jenis kain kebanyakkan kasar. Tak tahu lah kalau jari ni yang kasar. Brand yang kain cotton dia lembut Wa suka Fiffy, Tollyjoy dan Pigeon untuk newborn. Fiffy memang murah dan lembuttt sangat kain dia. First impression, Wa fikir brand yang biasa kita dengar, yang mostly akan prefer tu, rupanya kain dia agak kasar. Dan kene pilih betul2. Dah la agak mahal. Sepasang nak sampai RM30++ juga. Jadi nak beli tu kena cerewet sikit bab pilih jenis kain. Wa tak beli banyak (I think). Cukup lah dalam dalam 6 pasang size newborn, yang lain tu ada 3mths, 6 mths. Rasanya semua dalam 20 pasang kot. Rasa macam sikit je, bila masuk kedai rambang mata nak pilih baju T___T. Kalau dapat baby girl, tak tahu lah haha. 3 pasang Wa masuk dalam beg hospital (saja letak lebih), 1 pasang letak dalam beg labour room nanti. Apa list Hospital Bag? Soon kita share k :)

Apa yang uols dah beli!??

.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.