Hadiah Terindah dari Allah ; I'm Pregnant!

Friday, February 20, 2015

Alhamdulillah. Maaf kerana lama tak update pasal wedding review and my penang trip. Kalau ada reader la kan :P Lately dapat simptom malas tahap dewa dengan hormon tak stabil. Btw, syukur ke hadrat Illahi kerana Allah telah beri rezeki dan tanggungjawab ini untuk menerima zuriat. Alhamdulillah memang tak sangka sangat. Harini tepat 3 Bulan usia kandungan Wa. Wa nak share sikit cerita boleh :)


Actually, kami tak merancang pun. Tapi, Wa lebih suka kalau pada awal perkahwinan tu enjoy2 hidup berdua. I mean like 6 months dah kahwin ke kan atau lebih kepada bila kewangan dah stabil semula. Tak sangkat rezeki seawal ini, sebab Wa fikir Wa ni gemok haha orang kata susah mengandung, plus period Wa dalam 2-4 hari je tapi regular la datang. My narrow minded. Sebab tu masa awal kahwin tak pernah fikir pasal having a baby soon. And Si Dia pula tak kisah, dia ada cakap kita dah 28 tahun, soon nak 30 tahun, larat ke nak beranak. Ada rezeki awal ni elok lah. Zaman sekarang ni ramai yang menanti rezeki ni. Wa masa tu agak risau fikir macam2, bukan tak happy tapi dalam kepala ni fikir macam2. Bila Si Dia cakap macam tu, resa lega :) InshaAllah rezeki lain akan datang, betul tak?

Ceritanya begini. Selepas puas berfoya-foya di Penang, dengan makan makanan berempah nya, balun air tebu, macam-macam Wa telan haha. No wonder MIL tak bagi minum air tebu :) Balik ke KL tu otw, Cakap dengan Si Dia, balik Kajang nak makan satay lah teringin betul. Then dalam kereta Wa rasa pening-pening. Actually masa tu dah lepas 1 hari period. Wa tak pernah mark dalam kalender masa period Wa. Tapi tegerak hati, lepas kahwin nak tanda dan ingat bila Wa period. Dalam kereta Wa rasa pening, badan rasa tak selesa macam nak demam, mual yang mild dan perut rasa tak kena. and rasa nak kencing je.Pernah tanya Si Dia, "You pregnant kot?" "Ish, mana ada baru miss period sehari" Mulut tu memang menafikan tapi dalam hati memang kuat kata Aku Pregnant ni!

Sampai je rumah flat tidur. Esok harinya kerja. Period still tak datang. Hmm tapi baru 2 hari. But still rasa pening and penat and kuat terkencing tu ada. Balik kerja singgah Watson beli pregnancy test yang biasa. Balik kejap rumah Mama di Bangi nak jumpa kejap lepas balik Penang, and beli beberapa souvenir untuk family. Test lah masa Maghrib tu..and the result is double line!!!! Wa tergamam, and baca banyak kali kotak tadi. Betul ke double line ni? Bukan kabur atau blurry line tapi pekat merah. Okayyy cool cool. Tak nak bagitau Mama lagi, memang cover muka cool masa balik Kajang.



Otw, sebab tak sabar call Si Dia "You percaya tak I'm Pregnant" "........yeke...(silent).." " Hello, I;m talking to you, tak happy ke???" "Balik dulu la, then cerita" tuttttt. Heh!! Dia ni macam tak suka je, lagi la cepat Wa drive. Sampai je rumah, tunggu depan gate hahaha. Tak pernah dia sambut Wa balik. Muka sengih macam kerang busuk! Sampai la masuk bilik die tenung je. "Betul ke?" then, Wa bagi la tester tu, die tengok je then senyum tak terkata. Speechless. "Patut lah you nak makan satay sangat! Jom malam ni kita beli satay" Then we all plan nak beli satu lagi tester Clearblue yang digital. Balik rumah test memang lah confirm. Happy tak terkata. Bagitau MIL, and esoknya my parent. Alhamdulillah, semua happy. My dad and Mum gelak macam lawak je berita tu haha sabar je. "Kenapa cepat sangat ni dek, makan ape" Haha sangat LOL ok Baba. Rezeki tak ternilai. Alhamdullillah, Ya Allah kurniakan aku dan bayi ini kesihatan dan permudahkan perjalanan kami sehingga selesai. Amin. Masa cek ni keluar 2-3 weeks pregnant. Esoknya, kami ke Az-Zahra, Bangi untuk dapatkan confirmation doctor dan doctor pun sahkan. Yang lawak, doctor cakap, "Baru dua hari missed period dah cek UPT ke" hehe over. InshaAllah 4/9/2015 akan bersalin jika tiada masalah.







3 comments

  1. assalamualaikum wbt . alhamdulilah rezki dari Allah swt. Tahniahhh !!

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Macam best bila tahu preg. Saya belum lagi coz merancang. Nak merasa hidup berdua dulu * nak stabilkan kewangan. Hehe. Tapi yg x bestnya bila org ramai asyik tanya, ada sudah? Zzz...

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.