As Salam semua, dah lama menyepi. Maklumlah kurang 2 bulan lagi majlis. Perasaan tu memang rasa masih lagi blur. Ada juga beberapa masalah yang dalam mengharungi hari-hari majlis yang mendatang ni. Macam-macam dugaan sebenarnya. Apa yang dirancang tak selalunya kita akan perolehi kan. So, Wa cuba terima sebaik mungkin dan redha. Guna masa apa yang ada ni untuk teruskan!
Berbalik kepada tajuk kita, inspirasi dekorasi bilik pengantin. Siapa kata bilik pengantin tak penting kan? Selalunya, tetamu akan datang untuk berjumpa pengantin perempuan dahulu sebelum majlis nikah. Tempat yang pertama dituju adalah bilik pengantin! Selain dari mini pelamin lah jika ada dirumah. Disitu tempat ramai yang akan berkumpul, baik teman rapat, saudara dan lain-lain. Kat situ lah nak get ready dan bergambar sakan dengan semua. Oh, jurugambar jangan lupa. So, mesti kita nak bilik pengantin tu menarik. Kat sini Wa ada beberapa insipirasi yang Wa suka.
Warna Bilik
Wa suka kombinasi Mint Green dengan Gold @ Peach @ Hotpink! Memula nak warna cream atau light blue tapi tukar idea pula, nampak mint green ceria sikit. Btw, Wa beli cat Nippon Paint warna mint yang pekat untuk feature wall 2 liter dan yang cair 5 liter. Kalau beli cat jangan lupa beli cat putih untuk tutup balik warna cat yang asal. Bila siap Wa akan share okay :)
Perabot
Perabot kalau boleh Wa nak warna putih lah, memandang kan if beli baru tak cukup space nak letak perabot lama. Jadi, my parent plan nak cat balik perabot lama tu. Set katil ni dari abang Wa yang sulung kahwin sehingga abang kedua. Tapi masih nampak baru dan elok. Jadi, upah Bangla tu cat balik warna asal, HITAM. Yup, mint green dan perabot hitam. If putih mesti nampak soft je kan. Tapi takpe lah, dah jimat sikit.
Dekorasi/Perhiasan
Wa suka kalau letak fresh flower bunga daisy atau apa-apa bunga yang warna peach + hotpink ahaha. I love that combination. So, Wa tempah kat bridal untuk dua pasu. Harga RM80 untuk dua pasu. Pasu dia provide kan..
Lain-lain deko, rasanya takda, Wa suka simple je bilik. Cuma cadar Mama pilih mint green dan bunga silver grey. Mama rajin nak tambah pearls kat cadar hehe bagi nampak berseri sikit. Kusyen dua biji Wa akan beli warna purple/pink untuk tambah aksesori kat katil. Karpet maybe ambil grey atay purple. Langsir Wa pilih kat Tee Wah (murah langsir dia) warna silver. Tema agak campur sikit haha. Mint, silver, purple, pink! Will share the outcome soon :)
Jgn sedih Wa, saya pun guna perabot lama juga. Hehe. Jimat. Tak payah membazir. Suami saya pun ok je. Cuma yg baru katil sebab katil saya masa bujang jenis katil single. Mana muat untuk 2 org kan. Hehe. Warna katil pula sudah tentu warna putih. Mmg teringin nak katil warna putih. Kira impian tercapai dah. Perabot masa bujang saya masih elok lagi. Suami dan org ramai pun tak perasan itu perabot lama. Haha. Tips dia senang je cuma kena pandai jaga saja. Langsir saya lagi la simple sgt. Takde maknanya nak beropol-ropol bagai. Saya pilih gaya moden dan ringkas. Warna silver juga mcm Wa. Hihi. Cadar pun yg jenis simple beli online harga murah sgt walaupun beli kat USA. Wa percaya tak kalau saya kata cadar saya order tu harga di bawah RM200? Ada comforter, alas katil, 2 alas bantal dan paling best ada 3 biji bantal ala-ala english style berlainan size. Sangat selesa! Mula-mula mcm tak percaya sbb tak pasti samada alas sahaja atau mmg ada bantal. Kalau tahu ada bantal, saya order lagi 1. Sekarang dah takde dah. Mana nak cari kan 7pcs berharga di bawah RM200 di Malaysia ni. Huhu... Opss, sorry panjang lebar pula. Saya terlalu excited nak share pasal kahwin-kahwin ni. Jgn marah yea... :D
ReplyDeleteThanks puteri! RM200 !! beli kat mana, Wa tengok kat MySale banyak sangat cantik2, tapi kalau nak beli dah terlambat T_T Hahahah takpe la syg! Me too, best share2 :))
DeleteYa, kat MySale banyak yg cantik. Saya beli kat MySale la tapi yg 7pcs tu macam dah takde. Masa beli hari tu pun banyak dah sold out. Nasib baik sempat beli warna yg diinginkan. Dulu pun takut juga tak sempat. Nasib ambil masa seminggu je sampai. Serius saya menyesal tak beli 2 set sekaligus. 1 set tak sampai pun RM200 dah boleh dapat 7pcs (ada 3 biji bantal lagi). Huhu.
Deletewah memang cantik sungguh warna putih tu. nampak suci je
ReplyDelete