As Salam uols. Nak tanya berapa ramai yang particular dengan samping nikah? Ada sesetengah pengantin tak ambil kisah pasal samping. Ada juga yang betul-betul ambil serius. Terpulang pada anda sendiri. Ikut bajet dan keperluan.
Pada Wa samping nikah tu sangat sentimental hehe :) Bila uols tengok samping tu akan datang, confirm mengembalikan nostalgia masa bernikah. Sebab samping selalunya, kita akan simpan lama, dan kadang-kadang jadi barang berharga untuk satu keluarga. Ayah Wa sendiri simpan samping dia masa dia budak-budak dulu. Samping nikah apatah lagi haha. So, Wa memang teruja pasal samping nikah!
Pada mulanya Si Dia agak hairan kenapa Wa beria nak beli samping baru. Sebagai seorang yang simple, bagi dia tak penting sangat pun, boleh pakai any samping yang ada. Tapi Wa berkeras juga mintak beli yang baru. Bila Wa explain, dia setuju. Nak beli samping Terengganu memang tak mampu. Mahal harganya setanding dengan kualiti samping. Kalau murah pun mungkin boleh dapat tapi hanya 1 warna. Nak yang bunga-bunga tu, confirm harga ribu-ribu.
Sekarang ni, ada alternatif lain. Samping India atau Pakistan memang banyak jual kat kedai-kedai. Even Jakel pun jual! Harga ada macam-macam jenis dari RM350 - RM850. Dan ada yang ambil kesempatan jual samping ni mahalnya seperti samping songket asli. Even Wa sendiri pun tak pandai beza. Kena hati-hati lah ye. Songket India di kata songket Terengganu. Maklumlah, corak dan pattern songket India memang seakan songket Terengganu. Bagi Wa, it's ok nak beli songket India pun.
Songket India, kainnya tak sekemas songket Terengganu. Sometimes, bila pakai dia jadi kembang dan nampak garisan lipat. Dia ada juga gred-gred ikut benang yang digunakan. Lagi banyak warna benang, lagi mahal songket tu. Dan kebanyakkan songket India yang cantik-cantik ni, buatan tangan. Memang gila tengok songket! If perempuan patut ada gelang emas sebagai aset, I think lelaki perlu samping songket (Terengganu) sebagai aset juga. At least sehelai yang mahal!
Hish lupa pula nak snap gambar samping yang kami beli Y_Y Uols macam mane?
masa nikah dulu...pakai samping yang diberi hantaran masa bertunang...yup simpan sampai skang...tapi samping biasa jek...tak mahal mana...pastu plain je...
ReplyDeletebila tengok yang gantung2 tu...waaaa cantiknya...confirm harga pon cantik tu...
Samping gantung tu dalam RM350-RM450 tak silap. Kat Jakel tak dapat harga camni hehe
DeleteBeli di Jakel je. Nampak mahal tapi murah sebenarnya. Hehe.
ReplyDeleteMemang ada yang murah. Kain pula berbulu2. Cari kat sebelah semua house, dapat kain sama dengan Jakel, lagi murah (^:^) berbaloi!
DeleteYa, Jakel memang mahal. Kena pandai pilih. Ada yang harga mahal tapi nampak murah, yang harga murah tapi nampak mahal. Terbalik. Haha.
DeleteTu lah, pendek cerita Kalo pandai pilih brg kita untung, Kalo x rugi ler.. 😀
ReplyDeleteIya betul saudara!
DeleteSalam, kedai ni kat area mana ea? Nak beli la, cantik
ReplyDeletesebelah bangunan Semua House. Banyak kedai pengantin dalam tu. I mean pemborong barang pengantin.
Deletesalam, nak tumpang tanya, gambar atas yg byk samping gantung2 tu, kedai kat mana ye?
ReplyDeletekedai Harisons tu? ada kawan baru pergi tahun ni, sampin dia dah naik sampai rm2k..
ReplyDeleteWsalam, Bukan Harisons. Boleh tengoh sebelah bangunan Semua House. Ada satu bangunan tu dia jual banyak barang pengantin.
Delete