Kad Kahwin : Mudah, Cepat, Online Order, Jalan Reko, Kajang.

Saturday, August 23, 2014

Salam, Alhamdulillah selepas update Wedding Preparation post Wa cepat-cepat tempah kad kahwin. Settle satu beban masalah. Si Dia memang lambat betul nak tunggu settle satu-satu. Hari-hari kena je bebel haha. Kami ada dua pilihan untuk buat tempahan kad. Satu di Hays.my, dan satu lagi di Kadkahwinku.com. Pakej yang di tawarkan dalam Hays agak menarik. Boleh dikatakan ada semua dalam satu pakej, jadi tak perlu nak fikir dah.

Tapi apakan daya, kami sangat lah tiada masa. Sabtu dan Ahad perlu buat appointment. Nak pergi ke Bukit Jalil tu, memang asyik tak dapat je, jadi kami pilih lah yang dekat, Kadkahwinku di Jalan Reko. Kami harap ini pilihan terbaik. Yang bestnya, mereka sedang adakan SALE! Jadi kad-kad yang cantik-cantik boleh dapat harga murah. Pendapat Wa, Kadkahwinku punya design lebih kepada moden, simple, clean and ekslusif. Tak banyak gunakan grafik. Jenis kad yang guna kartun-kartun pun ada. And I love their designs! Sangat simple tapi nampak mahal. And harga sangat ok! Wa pernah tanya kat kedai lain untuk design lebih kurang sama, jenis kertas yang sama dan harga double! If kat sini RM0.36sen, kat kedai tu RM0.60! So, I think this is the right choice. Btw, sepanjang bulan Syawal ni ada promosi kad! 10-20% and PWP.




Apa yang best kat sini, kita order online, dan boleh track order or status order kita by online juga. Macam Wa datang survey galeri dulu, then decide kad macam mana nak, then die akan ajar untuk order online. Bila dah order, bayar deposit, dalam masa 2-3 hari kita boleh cek status dekat website dan diorang pun akan hantar email berkenaan status tu. Contohnya, payment dah terima, draft kan akan ambil masa 7-10 hari. So, kita tahu update order kita. Masa draft tu lah, kita boleh betulkan kesalahan or nak tukar apa-apa design ikut kehendak kita, tapi ada limitaion la. Ada penukaran yang memerlukan charge tambahan. So, if tak puas hati, nak jumpa depan-depan, boleh je buat appointment dengan designer yang buat kad kita tu. Lebih cepat rasanya!




So, baru-baru Wa pergi ke galeri untuk betulkan apa Wa dah finalize dengan my family. Hopefully, Monday dah boleh dapat Final Draft dan seterusnya confirmation untuk printing! InshaAllah Wa akan update kad nanti kat Instagram :) if sudi jom follow @wakdingding

2 comments

  1. kita pun buat kad kahwin kat cni..tapi agak tak puas hati jgk sbb kad x dapat cepat even da byr urgent charge tapi quality kad mmg ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke risau jugak. Dah la I booking lambat awal bulan 8 pastu banyak pulak asyik kene betul kan T_T. Sempat ke nak siap.

      Delete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.