[Event] Majlis Aqiqah Ziyad with Hot Kambing Teras Jernang, Sup Kambing Al-Fairoz

Friday, May 13, 2016

Dah lama sebenarnya Majlis Aqiqah berlangsung tapi kali ni baru ada kesempatan dan share berkenaan majlis yang meriah ni!

Seperti yang semua tahu, aqiqah hukumnya sunat muakkat iaitu sunat yang dituntut. Buat mengikut kemampuan. Bagi perempuan 1 ekor kambing manakal lelaki 2 ekor kambing. Memandangkan keluarga Wa telah menerima kehadiran 3 orang cucu dan berbeza setiap 3 bulan. Memang saat-saat paling mengembira bagi keluarga Wa. Kalau dulu, keluarga kami paling lambat terima anak buah/cucu. Tapi sekali dapat, 3 orang terus. Syukur. Kesemua anak buah Wa lelaki. Jadi sekarang ada 4 orang lelaki dalam keluarga untuk penyeri hidup kami semua.

Pada 26 Februari 2016, Baba pilih tarikh untuk sempurnakan majlis. Wa akan share satu-satu vendor majlis ni. Alhamdulillah, memang puas hati! Memandangkan ada 3 baby lelaki, jadi kene ada 6 ekor kambing yang kene dikorbankan. Kami pilih untuk buat 3 ekor panggang golek, 2 ekor kari, 1 ekor sup. Untuk bahagian Wa, mertua berhajat nak masak sendiri untuk kari dan sedikit dhal.

1) Vendor Kambing Golek; Hot Kambing
Boleh tengok FB Hot Kambing, terletak di Teras Jenang Bangi. Jangan risau ada ramai agent Hot Kambing ni mungkin berdekatan rumah anda. Pakej Akikah serendah RM1199. Bila tengok persediaan membakar kambing ni agak teruja dengan alat-alat dia. Canggih! Apa yang Wa puas hati sangat adalah side dish dia. Memang sedap. Selalu orang side dish buat cincai je. Tapi serius, sedap! Kalah coleslaw KFC. Kuah dia pun memang sedap. Overall family and tetamu semua puji. 5 bintang!





Contact No : 017-219 1759 
-
2) Vendor Sup Kambing ; Restoran Al-Fairoz, Bangi
Pada mulanya kami nak tempah sup di Sup Power Ali, Kajang (best soup ever PEKATTT), bila fikir semula agak makal dan jauh sikit nak hantar kambing. Wa prefer yang dekat, jadi survey la kat kedai mamak depan rumah Al-Fairos (sup dia sedap juga). Alhamdulillah, dia amek murah saja. Seekor dalan RM200 kalau tak silap. Dekat dan mudah lagi kerja. Dia hanya terima yang sudah potong kecil bukan seekor gedabak hehe.

Credit Picture : Openrice


Contact No :
Sup Power Ali - 013-610 1786/ 013-371 1585
Nasi Kandar Al-Fairos - 012-246 8786

3) Vendor Pelamin ; Linda Bridal
Oleh kerana rasa tak lengkap takda pelamin. Kami nak simple saja, tak perlu buai-buai. Cukup sekadar nak tangkap gambar je. Alhamdulillah puas hati! Simple dan cantik. Harga pun berpatutuan. 


Contact No : 012-292 6777

Nak share sikit kemeriahan majlis :)














Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.