Ramai yang nak tahu macam mana nak bezakan perfume original dan bukan original. Ya, FAKE. Kita semua selalu kena tipu. Termasuklah saya kerana dek peniaga yang tak bertanggungjawab ini. Kebanyakkan perfume tiruan dijual bersepah-sepah di laman sosial dengan harga yang murah TETAPI di nyatakan ORIGINAL. Sedih kan, nak berniaga dengan cara cepat untung. Tapi pelanggan yang menjadi mangsa. Macam mana nak jadi pelanggan yang bijak? Ni Wa share tips yang Wa tahu.
Taken Picture from http://belle-amiebeauty.blogspot.my/2015/02/perfume-collection.html |
Tips-tips
Periksa Latar Belakang Peniaga/Syarikat
Nak beli minyak wangi beratus-ratus yang di nyatakan original, kita gigihkan lah cek sikit ya. Sebab takut kene tipu T_T Jika ia berdaftar dengan SSM pastikan ia nyatakan dengan jelas nombor pendaftaran syarikat. Kenapa perlu sorok. Jika dia sorok, minta no pendaftarannya dan semak di lawan web SSM pautan e-info. Untuk pautan e-info ni kita kene register dulu, takpa percuma je. Lagi pun untuk keselamatan. Cuma untuk dapatkan info details syarikat tersebut (seperti nama penuh pemilik, no i/c, alamat, etc) kita kene bayar. Charge dalam RM10++ kalau tak silap. Info ni macam kita buat belian online, e-cart system. Jika kita letakkan no pendaftaran atau nama syarikat tu ada. Sahlah pendaftarannya.
Transaksi Bayaran
Untuk yang berdaftar atas nama syarikat, kita lebih yakin jika teransaksi diatas nama syarikat juga. Sebab atas peniagaan. Takkan follower dah beribu-ribu, syarikat dah daftar, account bank pun tak register under syarikat lagi.
Harga
Jika harga perfume dari designer's brand, amatlah tidak logik jika harganya boleh di beli dengan bawah RM200. Contohnya jenama Chanel, Dior, Prada, etc. Pernah ke jumpa jual Chanel harga RM180 untuk full bottle. A BIG no no no. Don't buy. Kebanyakkan jenama ini stocknya juga limited dan sukar untuk ditermui. Jarang lah peniaga simpan stok banyak-banyak sebab mahal. Plus, margin pun sikit saja.
Plastik Bungkusan
Sebaik sahaja terima perfume tersebut, cek dengan teliti plastik bungkusan. Pastikan ia tidak cloudy, nampak plastik lama dan tidak berkualiti. Contohnya, plastik ada kotor/berhabuk, gam bahagian plastik itu bersepah (nampak sangat gam sendiri). Saya dah jumpa. Memang tak kemas betul gam. Ada ke beli perfume mahal, dapat perfume gam bersepah-sepah? Ke re-packanging? Haaa hati-hati.
Kotak Perfume
Jika anda pernah buat pembelian perfume original di counter perfume dalam mall. Anda boleh perasaan perbezaan kualiti kertas kotak perfume tersebut. Mungkin tebal kotak lebih nipis. Printing pada kotak tidak sama, seperti emboss untuk word tak sama. Ejaan salah. Font berlainan tapi lebih kurang serupa. Pastikan kotak itu sama dengan gambar yang diberikan. Perhatikan!
Penutup Perfume
Kebanyakkan perfume tiruan menggunakan penutup plastik yang kurang kualitinya. Belum lagi buka, penutup dah tertanggal atau longgar. Pernah jumpa kan???? Perfume original penutupnya rapat, berat dan ada juga menggunakan magnetic cap. Cuba cek perfume anda.
Spray Nozzle
Jika anda cuba spray, pastikan ia tidak meleleh, semburan juga banyak dan tidak tersekat-sekat. Sesetengah perfume tiruan, baru sembur sekali dah meleleh air, atau pun picit-picit banyak kali, tak keluar-keluar, sampai tercabut nozzle dia. Hehe and you can detect if nozzle die guna cheap material.
Botol Perfume
Perhatikan botol tersebut, pastikan tiada calar, tidak kelabu, permukaan cantik, Kaca yang tebal. Jika kotor, ada kesan-kesan tak sepatutnya. Sahlan tu tiruan. Ada kemungkinan dia guna bottle recycle. Pastikan tulisan tidak pudar. Jika original tulisannya GOLD yang bersinar, mungkin tiruan gold yang malap contohnya. Perfume original takkan dijual berlainan kualitinya.
Minyak
Ini selalu kita dengar. Goncang dulu, lihat pada buih perfume. Jika lambat naik buih perfumenya, ini bermakna kandungan minyak yang ada banyak. Berbanding dengan tiruan, buihnya cepat naik dan hilang. Ini kerana campuran cecair yang digunakan tidak mengikut nisbah seperti perfume original. Banyak air mungkin? Besar kemungkinan, jika kekurangan minyaknya cepatlah bau wangi akan hilang. 1 jam sembur, bau dah hilang. Sedih tak! Oh ya, jangan lah dapat perfume ada keladak ya. Haha. Saya juga pernah kena! Beli mahal-mahal dapat dah berkeladak. Apa ni. Kandungan minyak wangi juga pentinga. Tak semua full bottle adalah 100ml. Ada juga beberapa jenama hanya ada sehingga 75ml saja dan beberapa size.
Jenis Bauan
Seperti yang anda tahu, perfume original ada 3 jenis bauan. Top note, middle note dan base note. Kadang-kadang bila kita sembur dapat bau lain, selepas 3-6 jam bau lain pula kita dapat. Tapi jika tiruan, bauannya sama saja dan tidak kekal lama.
No Siri
Pastikan nombor siri yang ada pada kotak sama dengan botol perfume. Boleh cek di bawah permukaan botol. Dan terdapat bar code tertentu yang kita boleh semak. Ni boleh google. Code ini menentukan di mana ia dibuat. Contoh ye contoh. bar code bermula nombor 37..Made In France. Jangan la pula sepatutnya France, di cetak Italy. Hehe.
Ada tips lagi? Jom kongsi!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setakat ini saja yang Wa kongsi, kita boleh semak kat Youtube atau Google macam mana nak bezakan yang Original atau Fake. Banyak tips yang ada. Wa harap kita semua tak tertipu dengan peniaga-peniaga ini. Kita cuba yang terbaik. Wa dah ada pengalaman ditipu dan rugi banyak. Semua terpedaya akan testimonial customer. Wa pun pelik kenapa orang semua kata original sedangkan barangnya tidak berkualiti. Wa tak sanggup nak jual pada customer Wa. Jadi pakai sendiri sajalah. Sobs sobs. Tak sanggup lah. Kalau boleh Wa tak nak kena lagi. Ada juga peniaga perfume original yang kita boleh yakin original nya. Ada. Rajin lah mencari dan kaji. Banyak, cuma kita kene bijak memilih.
Selepas menerima pengalaman buruk ni, untuk business perfume InshaAllah Wa ambil direct dari US tak perlu lagi menjadi 3rd party. Rasa serik. Untuk makluman, Wa baru saja mulakan business kecil-kecilan untuk produk kosmetik dan perfume. Untuk percubaan pertama ni Alhamdulillah. Masih banyak perlu diperbaiki. Kena belajar lagi. Bulan depan juga Wa nak daftar kan perniagaan di SSM dan bukak account bank atas nama syarikat. Kita cuba buat sehabis baik untuk perniagaan halal dan tulus. Doa kan baik-baik.
Jangan lupa support kami di Instagram @nu.shoppu
Post a Comment