Bersambung cerita percutian di Bangkok untuk hari ke 3. Actually hari ke 3, tak banyak aktiviti sangat. Bangun pun lewat sedikit. Pukul 10 lebih baru keluar dari hotel menuju ke MBK. Sebenarnya, dah tak apa nak beli kecuali barang-barang untuk saguhati keluarga.
MBK Center
Di Plaza MBK, kami lihat, lebih kurang macam kat mall area Bukit Bintang. Macam Low Yatt dan Bukit Bintang Plaza. MBK ni dia bersambung dengan satu mall nama...tak ingat hehe. Apa yang menarik, kat MBK ni guna sistem teksi ikut giliran bernombor. Haaa so, ada tempat menunggu berhawa dingin dan kerusi. Kalau nombor kita keluar, tu tandanya dah ada teksi menunggu. Hanya 1 syarikat teksi je yang jaga.
MBK Center
Di Plaza MBK, kami lihat, lebih kurang macam kat mall area Bukit Bintang. Macam Low Yatt dan Bukit Bintang Plaza. MBK ni dia bersambung dengan satu mall nama...tak ingat hehe. Apa yang menarik, kat MBK ni guna sistem teksi ikut giliran bernombor. Haaa so, ada tempat menunggu berhawa dingin dan kerusi. Kalau nombor kita keluar, tu tandanya dah ada teksi menunggu. Hanya 1 syarikat teksi je yang jaga.
Di sini kami tak banyak membeli, kami tertarik dengan baju-baju superhero! Kat dalam ni, ada satu kedai tingkat 2 tak silap. Di hujung bangunan, ada semacam night market (tapi dalam mall) mungkin ni murah berbanding yang ada dalam kedai kan. Di hujung sudut, ada satu kedai jual baju superhero (dia claim original) which I think it's true la kot. Nampak kain, tag dengan sticker and everything was so nice. Material jangan cakap lah, lembut gila, cotton berkualiti. Harga around RM40-50++ I think it's a good price. Wa tak tau dalam kedai Superhero berapa harganya. Ada Batman, Spiderman, etc. Design cantik-cantik. Lepas beli baju, kami keluar terjumpa lagi kedai ala-ala Superhero tapi kali ni tak nampak macam original. tapi cantik juga kain dan design dia. Harga around RM47 design macam bawah ni
Back to Platinum Mall
Selepas itu, habis shopping, rasa macam tak berapa menarik sangat. Kami ulang kembali ke Platinum Mall. Habiskan shopping apa yang tertinggal. Wa belikan Mama baju knitted untuk bawa ke Turki. Memang sesuai sebab sejuk kat sana. Cantik sangat!! Orang korea yang jual. Taktau lah dia kutuk Wa apa sebab merayu mintak diskaun haha. Dua hari berturut merayu, akhirnya dapat hehe. Kemudian kami beli barang Ziyad, baju untuk raya kononnya. Yang lawaknya, beli masa size dia sekarang. Sabar jelah. Sudahnya, dah boleh pakai dulu hehe. Lepas sesi menyopping, kami balik rehat pula di hotel. Tidur tak sedar diri T__T
Halal Food, Deen Restaurant, 7 Eleven
Halal Food, Deen Restaurant, 7 Eleven
Malam mula lapar, lepas bersiap terus mencari makanan! Kami tiada lagi pilihan. Masih makan malam di Deen Restaurant. Selepas makan, kami habis agak awal. Jadi berpeluang untuk bersiar-siar di kedai-kedai yang kami lalu sehingga ke hotel. 7 Eleven memang banyak sangat kat Thailand. Satu jalan boleh ada 2-3 7 Eleven! Dan sangat banyak pilihan!! Kami memang hari-hari beli air ni! Seperti Vitagen rasanya tapi botol besar. Ohhhh heaven bila minum sejuk-sejuk tambah penat berjalan.
Naraya
Kedai nampak mahal, padahal beg dalam tu murah betul! Bayang kan kedai LV. Nak masuk pun takut, sekali tengok kat cermin. Eh, beg dalam RM30?? Biar betik! Maka, tanpa membuang masa habiskan duit lagi haha.
Masa ni tengah tunggu tapau nasi arab kat depan sikit Naraya. Ada few restoran arab kat sini, yang bestnya, lagi sehari nak balik baru perasan. Actually best juga duduk kat Silom Road. Banyak lah juga tempat makanan halal. Cuma if uols tak jumpa makanan siam yang halal, uols akan jumpa arabian restaurant/turki ke memang banyak. So next entry last day in Bangkok!
Post a Comment