Perfume Vial atau Mini Mudah Di Bawa

Wednesday, March 30, 2016


Siapa kat sini minat mengumpul perfume?? Wa rasa rata-rata terutama perempuan memang gemarkan perfume. Kalau dulu masa zaman belajar, Wa suka pakai body spray. Maklumlah, zaman sekolah mampu beli body spray Echanteur atau pun Safi. Harga mungkin dalam RM10 more or less. Meningkat ke zaman Universiti. Naik lah bajet, mampu la beli Body Shop punya perfume. Paling ingat bau Vanilla. Lepas tu beli la fake perfume, dalam RM50 sebotol. Haha janji wangi. Bila dah bekerja, teringin juga nak beli perfume original. Perfume original yang Wa pernah cuba, Dolce & Gabbana Light Blue, Escada Cherie In Air, See by Chloe, Be Delicious Fresh Blossom by DKNY. Tak banyak tapi rasanya belum la lagi di gelar pengumpul! Tu pun semua orang bagi.

Seperti yang kita tahu, harga perfume di mall memang mahal. Harga untuk 100ml boleh mencecah kepada RM400 ++. Paling murah pun ada yang hampir RM200 tengok pada jenama. Sudah tentu di mall perfume yang dijual adalah original. Wa bukanlah expert pasal perfume tapi at least kita tahu basic. Setakat EDP, EDT tu tau la hehe.

Sebagai seorang perempuan yang berkerjaya (sangatttt), kita mesti nak tampil kemas, bergaya dan sentiasa confidence! Ya YAKIN. Bila yakin, selalunya pakaian kita, penampilan kita mesti lah selesa. Jangan lupa juga bau. Hehe tak semua ada kelebihan bau badan yang wangi. Sometimes, nak pergi meeting terkejar-kejar, sebelum tu dah basah ketiak prepare proposal. Tak sempat dah nak spray-spray. Sebab perfume tak bawa, yelah nak bawa macam mana kalau dah besar! Jadi Wa nak kongsikan apa kelebihan perfume mini?



Kelebihan Perfume Mini
  1. Mudah dibawa - Sebab utamanya adalah ia sangat kecil dan sesuai di bawa ke mana saja. Dalam handbag, dalam purse, atas work desk area, dalam kereta, dalam pencil case, dalam makeup pouch, dalam poket and almost everywhere
  2. Harga lebih murah - Memandangkan sizenya lebih kecil, jadi harga lebih berpatutan. Sesuai dengan ia sebagai barang yang mudah dibawa, ia bukan lagi dalam kategori barang yang luxury. Dengan serendah RM10-RM50 anda dah boleh bau perfume semahal RM400 ! Kalau hilang satu, takda lah rasa macam kene puasa sebulan hehe.
  3. Sample - ia juga boleh dijadikan sample percubaan sebelum kita beli botol yang lebih besar. Maklumlah, nak beli yang full size kena collect duit bulan-bulan. Bila dah beli, ada tu menyesal sebab bila pakai tak sesuai pula. Jadi eloklah kita beli yang size kecil dahulu,
  4. Hobi - salah satu perfume ini menjadi tarikan adalah botol-botol yang comel. Ada je perfume collector yang memang beli hanya untuk collect botol yang comel ni. Ada juga yang collect kad pada perfume vial.
  5. Pelbagai jenama - kita boleh cuba pelbagai jenama memandangkan harga pun mampu milik. Kalau dulu nak beli kena tunggu habis satu botol, tapi sekarang beli borong terus hehe.
Jadi apa kegemaran perfume korang? My top 5 list nak beli ;

  1. Viva La Juicy by Juicy Couture
  2. La Vi Est Belle by Lancome
  3. Chanel Chance
  4. Givenchy Dahlia Noir
  5. Hypnose by Lancome
  6. Daisy Blush Eau So Fresh by Marc Jacobs (LE)
If uols berminat nak usha-usha perfume original, Wa ada jual perfume ni. Boleh request minta quotation ikut brand yang uols nak. Buat masa ini ada beberapa vials dan miniature yang readytock. 

WHATSAPP 012-3660408
to get price list Original Perfume for Vial, Miniature & Full Size.

Harga Vial RM10-RM15
Harga Miniature RM36-RM50

Follow Instagram @nushoppu to get latest update!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.