Cuti-Cuti Vietnam - Part 2

Wednesday, December 19, 2012

shopping memang tak boleh tinggal kalau pergi bercuti kan. lagi best kalau harga dia berganda murah dari negara sendiri. di sana, mereka menggunakan Dollar, Ringgti dan Dhong. ikut pengalaman, nak bayar ikut kesenangan kita nak berurusan dengan nilai mata wang apa. sometimes, dia yang tanya. kadang-kadang masa tawar kita kene kira juga. kalau guna ringgit untung, or guna dhong rugi..kene calculate sikit lah. contoh harga sepasang kain RM25, kalau guna dhong mungkin kita convert2 jadi RM27. contoh la kan. ada la rugi sikit. atau guna dollar kita untung sikit ke kan. agak pening disitu.

english cotton murah gila! kat blog jual 3x ganda

satin dan chiffon, tak berapa banyak yang jumpa.
wa pergi beli baju siap ni kat pasar malam luar ben thanth.. actually kat vietnam ni memang banyak jual baju kurung siap. jangan risau kalau balik hotel try tak muat, boleh tukar kat dia, hari-hari ada pasar malam tu. kebanyakkan jual yang siap manik dan harga memang amat murah!!! sini jual RM150-RM300 untuk baju kurung bermanik kan. kalau kat vietnam boleh borong 6 pasang.







kat chinatown memang murah dengan kain, tapi tak banyak sangat kedai kain dia, dalam 10 kedai je. dia ala pekan rabu gitu, ada pasar basah dan pakaian. crowded dan lemas tempat dia. banyak baju-baju tapi semua tak berkenaan, kedai dia kotor sikit. english cotton murah kat sini. kalau kat ben thanth mahal sikit, mungkin bernasib baik ada kedai yang bagu murah. kat ben thanth banyak jual barang2 semua ada. hati-hati kat sini budaya membeli, suka menarik-narik tangan kita haha. owh pencopet tu memang mana-mana ada. jadi handbag memang kena pegang sentiasa. diorang akan marah kalau tawar tak beli, atau kita minta harga terlalu murah dan pergi begitu saja..memang diorang marah. orang kat sini kasar sikit berbanding orang kat bandung yang manis mulut.

100% silk shawl, rugi tak tawar sampai RM10 :( 



kain jubah memang banyak jual macam ni. ada manik dan bunga timbul. kalau manik macam ni, dari leher sampai ke bawah manik dia. kat KL kalau jual ni mesti dah RM200-RM300 agaknya. tapi kat sana tak sampai RM100 :) kain ni ada dua jenis, satu manik sampai ke lutut sesuai untuk baju kurung. kat sana, ada menyediakan tailor siap satu hari. cakap je baju fashion apa, tailor akan buat. mostly diorang tahu jahit baju kurung, jubah. majalah Malaysia ni bersepah kat butik diorang. satu contoh baju wa tempah ialah blouse. kain kene pilih kat butik dia dalam RM40, dan upah jahit RM5 :) murah kan! kalau dah siap dia boleh hantar ke hotel sekali. (nanti wa masukkan gambar blouse tu)

tak lupa juga, t-shirt untuk kenangan, murah sini $2 je!! bersamaan RM6 je. cotton biasa tapi ok la kan bukan yang tak serap peluh tu tau. kalau bargain dapat 2 helai $2.50 haa murah2. kalau macam sulam tangan ni mahal sikit $4 itu pun murah jugak dalam RM12 je. mana nak cari murah camni.


ada lagi satu kain tertinggal!!! vietnam silk yang amat cantik, bateri kamera habis, nanti wa update pasal veitnam silk :)

1 comment

  1. Hi dear, salam perkenalan. Thanks ye sudi visit my blog :) Nice blog you have dear. Cantik kain2 and baju yg you shopping dear.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.