Cuti-Cuti Vietnam - Part 1

Monday, December 17, 2012

salam, baru2 ni wa pergi bercuti dengan keluarga ikut rombongan ke Veitnam. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. selama 4 hari 3 malam dah cukup rasa untuk kenali sebahagian budaya orang Vietnam ni. yang bestnya, dapat tourist guide Vietnam yang sangat best. tu yang buat rombongan kita seronok.

pertama kali, sampai ke bumi vietnam, negara yang banyak motosikal. 90 % penduduk mereka menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. memang pelik tapi benar. kebanyakkan bangunan atau rumah dibina tidak menyediakan tempat yang sempurna untuk parking kereta. kerana kebanyakkan mereka menggunakam motorsikal. takda kemalangan berlaku dan tiada mat rempit! itu yang pasti haha. walaupun lalulintas mereka sibuk, tapi terkawal. agak serabut juga sebenarnya sebab, kenderaan mereka agak bersimpang siur, tapi mereka akan berhenti dan beri jalan jika ada kenderaan yang melintas depan mereka. syok kan. sangat bertimbang rasa. kalau Malaysia dah kene bastard dan hon berbijik2.

penduduk mereka terdiri daripada pelbagai agama. agama Islam memang sedikit, yang tinggal kebanyakkan orang Melayu Champa yang dulu nya penduduk asal kat Saigon (correct me if i'm wrong). panjang kalau nak cerita pasal sejarah. jom kita layan gambar!

Kedai-kedai kat belakang Hotel THL

Bangunan Hujung tu ialah Pasar Ben Thanh
Makanan Islam kat Vietnam ada tapi tak semua Halal. ada sesetengah restoran yang sediakan makanan Halal tapi masak non-Halal menggunakan peralatan yang sama. jadi, agent akan recommend restoran yang kebanyakkan nya memang orang Melayu Islam, dan ada juga asal daripada Malaysia. contoh Satay House. mungkin rasa tak lah sehebat di negara sendiri tapi ok lah.

Makan roti  dan salad je kat Hotel

Tak ingat nama restoran ni hehe

Satay House

kat sini banyak tempat tinggalan sejarah. kene study balik sejarah wehhh oh dan geografi. remember sungai mekong? sungai mekong adalah sungai yang merentasi beberapa negara. dan sungai ini mempunyai 9@12@14 cabang. ohhh aku memang tak boleh jadi student. penat agent tu cerita. hahah. gayat jugak lah naik sampan ni. boleh pulak diorang ni merempit bawak sampan. kuss semangat. oh, jangan lupa bagi tips. diorang ni selamba je mintak tips.




terowong chu chi memang wajib pergi kalau ke Veitnam, pada aku banyak yang kita dapat belajar masa melawat ke terowong chu chi ni. even nampak cam boring tapi hakikatnya, kita akan sedar betapa bersyukurnya kita duduk kat Malaysia. dan, betapa bijak nya orang Vietnam ni merancang strategi nak pertahankan negara diorang daripada tentera US. diorang bina terowong ni sebab tentera US nak sekat perkembangan Komunis ke negara2 lain seperti Kemboja, Laos dan Thailand (correct me if i'm wrong) yang mungkin akan menjadi satu kuasa besar dan kuat berbanding US. jadi terowong ni lah yang jadi strategi diorang nak melambat kan serangan dan selamat kan diorang. serius best. sebab setiap langkah untuk menyelamatkan diri, ada tindakan dan strategi yang 10x lebih hebat yang diorang cipta. kagum gila.

Kesan bom

Perangkap samar

Tempat sembuyi, ni pun ada strategi kenapa bentuk camtu dan lubang kat tengah

Mr.An cerita macam mana tak nak bagi musuh kesan masa nak masuk dalam terowong. Ada cara tau!

Lubang untuk Vekong tembak dari dalam terowong. Ada jugak lubang diorang letak ular, kala jengking dan baju tentera US (yang di curi) untuk tinggalkan kesan bau supaya anjing US tak dapat kesan Vekong. Bijak2!


Setiap tinggalan akan digunakan sepenuhnya. Kasut daripada tayar kenderaan tentera US, bom pula diorang akan recycle dan buat bom sendiri. Oh, kasut akan di pakai secara terbalik. Cuba fikir kenapa?

Salah satu tempat keluar terowong. Ada 250km terowong yang asal tapi sekarang ada beberapa meter je sebab ada yang dah kene bom. Terowong dibina pun bertingkat tau!

Ada banyak lagi tempat menarik yang kami lawati, antaranya kampung buah-buahan dan teater Water Puppet. Tunggu Part 2! Shopping kain!


Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.