[Review] Urban Decay Vice Lipstick in Liar & Wrong Number

Wednesday, November 2, 2016



Dah lama tak beli lipstick untuk kepuasan diri. Lain rasanya bila kita beli lipstick brand agak mahal dari biasa. Last beli MAC Velvet Teddy tahun lepas, itu pun guna Personal Shopper. Haha. Wa singgah Sephora IOI Mall sebab kebetulan selesai kerja ada kat area sana. Tak sah kalau tak cuci mata kat Sephora, asalnya nak tengok Marc Jacob punya lipstick. Harga dulu dalam RM100, rasa macam berkira nak beli la untuk reward diri setelah stress kerja. Tapi bila tengok dah jadi RM125, hmm berfikir juga nak beli. 

Fikir punya fikir, terjumpa rack Urban Decay Vice Lipstick! Bila nama perempuan, boleh tahan 30 minit juga la duduk situ try satu2 warna :) Actually banyak yang berkenan, sampai tak ingat dan penuh tangan ni test satu2. Dalam 100 warna ada pelbagai jenis lipstick texture yang ada contohnya cream, sheer, comfort matte dan banyak lagi.


Wrong Number - Sheer
Warna nya natural pink yang tak melampau.Maaf gambar tak berapa jelas, nanti Wa snap yang lain. Sangat-sangat moisturizing sesuai dengan bibir Wa yang kering. In real life memang cantik, I think warna ni compliment jenis bibir yang warna tak berapa nak pink2 hehe. As you all know, if sheer ni dia agak transferable. So kene hati2 la, terkene tudung ke, tangan ke melekat hehe.Warna dia memang pigmented.




Liar - Cream
Warna ni memang cantik!! Untuk penggemar warna nude atau earth tone rasanya patut beli hehe. Tak terlalu gelap dan pucat. Oh yea, hati2. Texture cream ni sememangnya sangat-sangat dasyat. Soooooo creamy!! Memang warna dia sangat-sangat pekat. I think the whole texture have very pigmented.

Harga RM70 I think memang berbaloi. Berbanding dengan YSL lipstick yang Wa beli kat Bangkok Airport, if convert masa tu mahal sangat RM180. Tapi sebab dah teringin punya pasal. And I'm very disappointed dengan texture dia. Even sheer tapi colour pay off dia kurang berbanding Urban Decay Vice.

2 comments

  1. Cantiknya Liar! Mira pun mcm nak try la colour ni. harap tak nampak pucat sgt klu Mira yg pakai. Mmg minta pun colour nude or MLBB shades. Wrong number looks so pretty on you!

    Thanks sbb share~

    Mira | Pretty Little Things

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.