As Salam, permulaan tahun baru yang memang menyeronokkan dan hadiah hari jadi paling bermakna buat saya dan suami. Maklumlah January babies. Lahir pada 15 Januari untuk suami dan 20 Januari bagi saya. Kami memilih untuk menyambutnya di kota Bangkok. Percutian yang sebenarnya agak berbelah bahagi kerana terpaksa meninggal anak huaaaaaaaaaa. Ibu mana lah tak rindukan anaknya, tapi Wa belum tahap menangis teresak-esak lagi. Rindu memang! Saat Wa berpantang, semua beri cadangan ingin ke pulau. Tapi, kurang memberi tarikan dekat Wa sebab Wa takut naik bot! Bayangkan si kecil masih lagi cukup sebulan dah merancang untuk bercuti. Hati ibu memang tak sampai hati. Akhirnya, berjaya booking tiket penerbangan dan penginapan di dalam website Malindo Air.
Tiket Malindo Air, ERL-KLIA2
Apa yang menarik, kami telah menempah 5 hari 4 malam dengan harga RM19XX untuk dua orang. Yang seronok bagasi 60kg untuk dua orang! Pergi ke website www.malindoair.com dan pilih butang Flight + Hotel. Banyak pilihan hotel dari taraf 2 bintang sehingga 5 bintang untuk kita pilih ikut kemampuan. Tapi hotel kat Bangkok memang cantik-cantik interior, harga pun murah! Kat sini boleh juga nak add-on untuk pakej aktiviti atau pun kereta sewa/teksi. Flight kami seawal pukul 10 pagi di KLIA2. Kami menaiki ERL dari stesen Putrajaya sehingga ke KLIA2. Harganya lebih kurang RM9++ untuk seorang. Sampai di KLIA2, kami terus menuju ke tingkat atas untuk ruangan perlepasan. Tapi sebelum tu isi perut dulu dengan Burger King. Maklumlah awal pagi lagi dah bertolak dalam pukul 6 pagi, sampai KLIA2 ada kedai yang belum buka. Kami makan di Burger King dan bertolak ke sana.
Betul la orang kata KLIA2 ni jauh betul. Dari check-in bagasi (ke satu bangunan lain) sehingga lah masuk ke pintu ruangan menunggu, memang jauh! Jadi memang patut kena datang seawal 3 jam sebelum penerbangan. Jangan buat main weh, ni bukan naik bas. If orang tua memang penat juga lah, tapi dalam perjalanan tu banyak la cuci mata :) Oh, kat sini banyak juga ada trem kecil untuk naik hehe. Kalau tak larat boleh la naik. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 minit. Sempat jugalah tidur sekejap. Malindo Air akan sediakan air mineral dan roti hotdog untuk isi perut. Roti dia agak kasar juga hehe.
DMK Airport, SIM Card, Unlimited Internet 4G
Sampai saja di DMK Airport, suasana seperti airport lama, ala tahun 70-an. Keluar saja dari perut kapal terbang, polis airport dah tunggu. Tanya beberapa soalan. Mungkin for security purpose.
Menuju terus ke kaunter imegresen untuk cop passport. Alhamdulillah orangnya menenangkan, berbanding dengan Vietnam, pegawainya amat garang dan sombong. Siap cakap "So slow, very fat" haaaaa tudia aku kena masa pi sana. Tapi kita senyum je. Kami memang hanya bawa beg galas yang sangat ringan isinya. Jadi terus keluar terus cari sim card. Sim card agak mahal di airport dalam RM15++ tapi kalau malas nak cari, beli je. Paling menarik plan yang ditawarkan adalah percuma internet 4G selama seminggu!!! UNLIMITED. Memang best kot! Topup habis pun internet laju je, 7 hari haha heaven.
Teksi, Jae Ling
Wa nak pergi ke Jae Ling, mall kecil yang ada jual barangan kosmetik secara murah. Nampak dalam google map memang lah dekat, sekali kami berjalan adalah 15 minit, penat juga tak sampai-sampai. Teksi memang banyak! Jangan risau. Wa nasihat naiklah teksi yang pakai meter. Meter lebih murah berbanding jika anda tanya berapa harga terlebih dahulu. Memang mahal dia bagitau harga nanti. Dah penat berjalan, kami naik teksi, tak sampai 5 minit dah sampai. Kat sini jual banyak barang mandian, makeup, rambut, perfume etc. Kena hati-hati pilih sebab ada yang barangan lama dikilangkan masih dijual. Wa memang tak sempat nak tangkap gambar.Gaya kedai dia macam Mydin Mart. Ruangan padat dan agak sempit. Barangan yang dijual, ada Red Earth, Essense, Nyx, DollyWink, Revlon, Maybelline, Loreal, Olay, Nivea, Wella, Clinique, SKII, Estee Lauder, dan banyak lagi. Tak semua range dia besar. Produk Nyx memang tak banyak dan shade yang agak kurang popular. Tak semua harga murah dari Malaysia. Some of product sahaja. Lepas melepaskan gian, kami pun mengambil teksi untuk pulang ke hotel.
Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 30 minit. Kami agak beruntung kerana tiba di sini pada hari Rabu. Jalan raya pun kurang sesak sebab pelancong kebanyakkan akan tiba hari Jumaat-Sabtu. Tiba di ruangan hotel, lega rasa. Penat berjalan tadi pun tak kurang lagi. Bilik pula agak kecil ssedikit dari biasa yang pernah Wa duduk, mungkin bilik air dia mengambil ruang yang banyak. Ya, bilik air dia memang besar. Yang tak tahan berkaca, boleh tengok lah orang mandi. Haha. Jangan risau ada curtain untuk cover. Taklah segan. Tapi okla biliknya setakat nak tidur dan hilangkan penat. Kami letak barang dan keluar untuk isi perut!
Halal Food, Silom - Taste of Mumbai Haji Ali
Roti ranggup habis, inti dia kentang kot, dengan cheese leleh. Tapi memang sedap. |
Tak jauh dari hotel, ada beberapa halal food yang senang di cari. Kebanyakkan halal food di sekitar Silom adalah dari India dan Arab. Ada satu saja dari Thai. Nanti Wa review. Restoran ini memang teletak di lorong kecil, dan comel saja saiz kedai. Boleh buat setakat 4 meja bagi 2-4 orang. Restoran yang halal selalunya akan ditampal sticker Halal Thailand dan juga sijil halal. Untuk menu makanan, memang 100% vegeterian dan makanan berkonsep kan on-the go. Sandwich yang pelbagai rupa dan rasa. Lapar tu memang tak boleh kata. Makanan dia pun sedap! Boleh lah isi perut sementara jumpa kedai makan lain. Oh ye, makana halal kat sini memang agak mahal.
Selepas maghrib, kami bersiap untuk ke Asiatique. Kata pekerja hotel, boleh berjalan kaki, maklumlah nak naik teksi jalan ke sana agak jem. Baiklah, kami pun teruskan dengan berjalan kaki. Siap-siap lah ye pakai kasut sukan. Dalam perjalanan yang seronoknya dapat melihat budaya, street food, orang-orangnya. Memang cuci mata. Kat sini bersepah makanan di tepi jalan. Seolah, tiada Majlis Perbandaran nak halau. Ada tut-tut, teksi, lori sapu, macam-macam ragam. Dari hotel, kami berjalan sejauh lebih kurang 1km. Jika uols tengok, sepanjang jalan ini adalah kedai-kedai makan, kedai permata, Watsons, Boots, kedai cermin mata, dan ada Robinsons, 7 Eleven. Memang happening kat sini umpama di dalam suatu pekan yang sibuk. Memang tak suggest bawa kereta. Kami berjalan sehingga jumpa stesen keretapi semacam LRT. Stesen Saphan Thaksin. Agak gelap disini, kami agak ragu-ragu pada mulanya. Tapi nampak kelibat ramai pelancong yang lalu sehingga ke belakang stesen ini. Rupanya ada jeti! Ini yang kami cari. Jeti shuttle boat yang akan membawa kita ke Asiatique. Shuttle boat ini percuma. Last shuttle pukul 10 malam.
Lampu ketika malam disini agak malap. Kami mengikuti saja orang lain sehingga dihujung tempat, terdapat barisan panjang. Barisan ini lah untuk menunggu boat nanti. Free saja. Adalah lebih kurang 10-15 minit ke Asiatique. Memang cantik permansangan waktu malam. Setibanya disana, memang ramai sangat!!! Di depan jeti tempat orang bersantai, dan juga kedai makan, seafood. Boleh dikatakan disini tidak halal. Kami terus menuju ke tempat makan, jika anda terus menuju ke dalam, akan jumpa satu kawasan seperti Food Court. Disini banyak gerai makanan memang tak terpilih.
Halal Food, Asiatique - Siam India Restaurant
Macam biasalah, nasi bryani, roti-roti ni. Memang dah lapar, Wa order nasi bryani bersama ayam. Suami pula nasi bryani pedas. Memang sedap, tapi tak puas sebab tekak Melayu! Haha lapar-lapar macam ni sedap cari Tom Yam. Masa ni suami demam, jadi kami pun tak berapa seronok sangat nak merayau semua tempat. Kebanyakkan kedai disini jual barang yang sama. Baju, beg dan cenderhati. Kalau nak tahu, barang-barang yang dijual di sini sama saja seperti di Platinum Mall dan juga ada di Chatuchak Market. Mungkin agak mahal sebab kawasan pun ala JPO Factory Outlet (cantik lagi!)
Fish Massage and Thai Massage & Gelato
Bila en suami tak sedap badan, jalan pun dah tak seronok. Kami pun mencari tempat urut. Dengan harap lega la sikit pening dan badan dia. Wa memang tak nak urut, hanya tunggu di luar dengan Fish Spa. Harganya lebih kurang 30 minit RM15. Thai Massage dalam 1.5 jam RM35. Ada bilik khas untuk urut ni. Sementera tunggu suami urut, Wa jalan-jalan berdekat sini. Suasana disini memang best. Terjumpa aiskrim! Maaf tak banyak snap gambar. Penat jalan sampai terlupa.
Tuk-Tuk
Setelah penat menikmati malam di sana, kami rasa memang tak sempat nak balik menggunakan bot. Tambahan, dah tak larat nak berjalan kaki ke hotel. Kami naik tuk-tuk! Seronok gila. Dapat tengok suasana malam Bangkok dengan angin sepoi-sepoi! Oh jaga handbag, telefon, driver memang bawak laju!

Post a Comment