Masuk 3 bulan anak Mama. Alhamdulillah makin bijak! Perangai makin banyak. Sekarang pandai nak menggemgam. Tapi tak kuat lagi. Tarik baju, tarik rambut, pegang soft toy tapi masih terlepas. Suka sangat angkat kaki. Kalau tergedik-gedik tangan kaki semua sama naik. Tengah tidur pun angkat kaki haha. Comel. Sekarang ni nak tidur pun dah tukar perangai. Tak nak tidur dalam buai, kasi susu sambil tu peluk kuat-kuat rapat kat badan. Dah habis susu, dia sembam muka kat badan kita untuk tidur. Yang lawak, dia cari tempat sedap nak sembam. Celah2 tu la dia nak sorok muka! Sedap bau kot tak pun sedap lembut kain.
Mengamuk nak tidur tu pasti. Tapi sekali menjerit, sampai nak keluar anak tekak. Nak bagi susu tak boleh lambat masa tengah malam. Bersedialah nak dengar gong berbunyi. Tidur makin kurang jam. Kalau dulu lebih kurang pasti dalam 2 jam. Sekarang 20 minit- 30 minit paling lama 1 jam. Masa berjaga memang aktif nak bermain, yang pasti bangun mesti tersenyum simpul dulu :) Oleh kerana Ziyad agak lambat cukur rambut. Sebab masa dia baru lahir tu, orang tua minta cukur lambat katanya ubun lembut takut sejuk. So fikir dalam 2 bulan macam tu kami nak cukur. Nak tunggu aqiqah lambat lagi. InshaAllah bulan 2 tahun depan. Dah lah lahir-lahir rambut cecah bahu, takkan nak tunggu tahun depan! Lagipun memang tak elok sangat simpan lama, kotor kata orang. Rambut dalam perut lagi. Elok cukur dalam 7 hari patutnya. Sunat.
Kesian tengok dia panas, tambah lagi kurap susu tu. Wa rasa makin dia menggatal pipi tu. Wa pun ambil keputusan nak botakkan kepala dia masa checkup 3 bulan. Wa cuti half day. Mama pula tolong carikan salon yang biasa cukur rambut baby. Sesetengah orang, hantar kat kedai mamak je. Ada yang terima. Mama jumpa salon di Bangi dalam FB. Punyalah exited pergi nak cukur, cari punya cari kedai. Jumpa dekat Seksyen 1 belakang pasar. Hm tengok salon ke bukan salon ni. Macam rumah. Rupanya owner duduk dalam salon patut lah nampak macam bukan salon. Bersepah dan nampak tak kemas. Rasa tak bersih je. Tengok kawasan nak basuh rambut tu, dengan ada kain baju sidai-sidai. Alamak memang bad impression! Tapi dah datang langsaikan saja. Bila dia keluarkan toto dan bantal, Wa dengan Mama dah lain muka. Agak geli pula. Nasib Wa bawa bantal baby. Cuba toto tu tak dapat elak. Cara dia cukur macam tak kemas dan kelam kabut. Ingatkan ada ketam tapi guna manual saja. Redha je lah, tapi memang comot sangat. Oleh kerana dia kata ni pelanggan yang paling kecil, dia pun tak tahu nak letak harga berapa. Last sekali dia minta RM15 haha. Amekau. Memang kami pulang dengan rasa tak puas hati.
Last pergi salon tu, memang tak berkenan tengok. Balik rumah suami sambung cukur bagi licin. Sebelum ni nak buat sendiri, tapi tak berani. Sebenarnya boleh je. Sekarang ni semakin menjadi air liur dia. Memang basah je baju. Nak kena beli bip kat dia. Yang ada cuma 2 saja. Tu pun rasa tak bersih pula pakai 2-3 hari kan. Mesti hari-hari nak tukar. Ya Allah gugur la rambut jangan cakap. Macam nak botak kepala ni. Sekarang ni minum susu dah tambah ke 4oz. Kalau dulu 3oz tak habis, sekarang ni kene buat lebih sebab dia suka minum half then sambung lagi habiskan dalam masa terdekat. Pergi checkup nurse buat test. Dudukkan dia, tegak tak tulang belakang, berdirikan dia tegap tak tapak kaki dan kaki, menyiarapkan dia tegak tak kepala, if semua ok maknanya normal. Cucuk kali ke-3 Alhamdulillah baby tak demam. Rupanya nurse tak bagi tuam! Takut ada jangkitan kalau tuam. Orang lama, balik cucuk di kasinya tuam. Huhu sekarang ni banyak percanggahan dengan orang lama. Cara orang lama lain, diorang tak faham guna secara perubatan. Diorang faham secara pengalaman. Tapi lain orang lain cara dan pengalaman.
Sebab tu bila kita juma doktor, semua benda tak boleh buat. Padahal, itulah yang orang tua kita suruh buat. Kita ni ikut jelah. Maklumlah anak pertama, serba serbi tak tahu. Sekarang berat dah 5kg. Mulai sekarang kena menabung nak beli steam and blender untuk baby food bila dia 6 bulan nanti. Teringin nak beli brand Beaba! Btw beg Skip Hop pun tak beli-beli lagi haha. Mama menabung lagi Ziyad, sabar ye. Nak barang mahal je Mama ni. Bukan apa, tak tahan tengok barang baby. Plus, beg tu memang dah aim masa Ziyad dalam perut lagi tahu! Lazada ada sales menggila baru-baru ni. Wa sempat juga beli baby carrier. Murah saja dalam RM150. Nak travel senang bawa dalam kereta, kami pula tak beli stroller lagi. Jadi fikir kalau nak masuk restoran mudah sikit bawa baby.
Stroller memang penting. Seksa juga takda stroller. Pada mulanya kami nak tunggu expo baby baru-baru ni. Kat KLCC, tapi hampa brand stoller yang ada satu saja. Itu pun ramai betul complaint pasal exhibitor banyak merapu. Bukan jual barang baby! Abang Wa dah pergi pagi-pagi buta nak pergi, sekali abang Wa call kata tak payah pergi, tak menarik. Terus padam niat nak beli stroller. Agak frust sangat. Wa memang minat nak beli stroller Quinny Zapp Extra 2.0. Brand ni paling Wa suka bab-bab nak lipat stroller selain Baby Zen Yoyo. If yang murah, Wa ada minat juga Sweet Cherry!
Post a Comment