As Salam, 6hb yang lalu Ziyad sudah masuk 2 bulan. Alhamdulillah sihat anakku. Dah masuk 2 bulan dah pandai tersenyum, pandai diagah-agah. Paling seronok melayan dia berborak. Memang nyaring suara dia. Hilang stress, penat dan mengantok kalau melayan. Masa ni juga Wa perhati, dah mula air liur meleleh-leleh. Kadang-kadang berbuih kat bibir tu. Masa nak tidur memang ubah perangai. Kalau dulu takda lah nak tidur mengamuk, sekarang memang lain. Kena mengamuk dulu nak tidur. Tak nak dah bila kita dodoi nak tidur. Kena pakai buai baru nak lena. Pada mulanya memang kami tak nak ajar pakai buai. Tapi mertua mengadu dia mula mengamuk dan agak susah nak tinggal kan dia sendirian. Pasti mengamuk, atau tak lena tidur. Sudahnya semua kerja tak buat. Kami turutkan, kesian juga. Bila dah mula ajar buai, biasalah nak berjalan susah sedikit. Pasti kena angkut buai! Haha dah la kereta kecil. Buai pun tak muat. Mama rela berkorban wahai Ziyad hehe.
Selain daripada buai, perangai nak tidur dia..dia akan sumbat tangan dia dalam mulut. Sumbat-sumbat dan melalak. Sambil tu dia gosok-gosok mata. Agak agresif juga..habis basah mulut, tangan, baju dia. Wa memang tak suka ajar anak buai dan puting. Tapi bila dah kena pada anak sendiri. prinsip tu susah untuk kita pegang dek kerana tak sampai hati. Bila dia buat aksi macam tu, Wa cuba bagi BF dan botol tapi semua dia tolak. Dia nak mengempeng! Esokknya Wa belikan puting. Niat Wa nak beli puting hanya buat dia tidur saja, kalau boleh tak nak bagi kalau tak perlu. Alhamdulillah, dia tak lagi gosok-gosok muka, dan cepat lena. Bila dah lena, cepat-cepat Wa cabut puting tu. Mesti orang luar pandang, tak bagus bagi anak buai, tak bagus bagi anak puting. Tapi percayalah, tiada siapa yang mahu, bila dah kena pada diri sendiri baru tahu macam mana rasa. Kurap susu makin membesar, tapi tak merah. Kesian tengok, sekarang dah keluar pipi belah kiri pula T_T sobs. Apa ubat yang uols guna?? Please share
Isnin lepas, ada appointment klinik untuk 2 bulan. Macam biasa Wa akan ambil appointment pagi pukul 9. Agak ramai juga tapi rasanya tak tunggu lama untuk panggil timbang berat. Dari berat lahir 2.5kg, 1 bulan naik 3.4kg. Masuk 2 bulan naik kepada 4.2kg. Wa tengok anak orang lain masuk 2 bulan dah 5-6kg! Huhu risau sangat sebenarnya. Bila nurse isi graf ketinggian, berat dan BMI. Memang kurang BMI. Sepatutnya berat perlu naik 1kg atau lebih. Ziyad terlebih tinggi. Nurse rujuk pada doktor jika perlu jumpa. Doktor kata dia akan pantau berat, kalau diikut kan kenaikan lebih 500gram dah ok, cuma BMI tak padan dengan tinggi. Lega sedikit, tapi masih risau. Memang perasan pun Ziyad minum tak naik-naik sukatan. Masih lagi 3oz dalam setiap 2 jam. Itu pun tak habis, mesti ada tertinggal 1oz atau kurang. Kalau malam selalunya dia tidur lama, 3oz tu akan habis sekali minum.
Agak sedihnya jugalah, bila Ziyad dah tak mahu breastfeeding. Kalau dulu agak selalu walaupun dia tak berapa mahu. Tapi jika disua dia akan minum sampai tertidur. Kemudian agak kekurangan sehingga sehari sekali. Dan sekarang memang dia tak mahu langsung. Ada juga Wa cuba pump, tapi masalahnya susu sangat sikit. Bila dah takda demand, supply berkurangan. Memang sedih sangat rasa. Seronok tengok ibu-ibu lain dapat susukan anak sehingga 2 tahun. I wish I can be that kind. Pam 30min dapat kurang 1oz memang memenatkan, tambahan lagi motivasi semakin berkurang. Kalau dulu masa pantang, Alhamdulillah dapat la dalam 2oz. Rindunya nak susukan Ziyad! Sekarang ni dia makin fokus kalau tengok sesuatu. Mungkin pandangan dia dah semakin jelas. If duduk dekat bouncer, dia ralit tengok Mr. Elephant :) Semoga sihat anakku!

Post a Comment