Semakin nak dekat, semakin kerap teringin nak makan macam-macam. Hai ibu-ibu di luar normalkah perasaan ini :) Nak akhir-akhir ni nampak saja makanan, pasti teringin. Alhamdulillah setakat ni mudah nak dapat. Takda teringin benda pelik lagi. Bila masuk trimester ke 3, ramai yang kata mula amalkan Minyak Kepala Dara. Wa agak lambat cuba amalkan, tapi masih mencuba. Minggu ke 38 baru Wa beli dengan kawan Wa. Sapu bahagian strecth mark dan buat urutan disitu. You know where. Setakat ni tak hari-hari buat. Kalau ingat je T_T tak tahu kenapa makin nak bersalin makin malas nak buat rutin. Aduhai.
Sejak akhir ni juga, Wa pun kena sembelit. Tak pernah kene sembelit, nurse pula kat kepala baby dah masuk laluan, mungkin tu juga sebab Wa sembelit. Satu hari tu memang boleh tahan tak buang air besar. And paling best nak rasa buang, tapi ley tahan-tahan esok lah buang. Bila da masuk toilet paham-paham lah, berapa lama tunggu. Mak Wa pesan jangan meneran untuk paksa, takut kene buasir nanti. Mak Saudara Wa pula nasihatkan makan oat, buah dan air banyak-banyak. Sembelit ni jangan tunggu sampai nak bersalin, nanti lepas bersalin pun kene sembelit juga. Paling teruk sampai berdarah. Bila takut dengar. Memang hari-hari makan buah especially papaya! Alhamdulillah dah ok, hari-hari membuang hehe.
Wa due inshaAllah 4 September ni, tapi Wa ambil keputusan untuk cuti awal. 24 Ogos dah mula cuti. Rasa tak larat sangat nak buat kerja dan turun naik tangga. Dengan duduk kerusi lama-lama. Memang tak selesa. Pergi balik kerja memang suami atau bapa Wa yang antakan. Jadi mula bercuti tu rehat sepuasnya kat rumah. Memang rehat habis haha. Tapi kerja-kerja Wa kene monitor juga dari rumah. Memandang staf yang ganti, memang tak tahu apa-apa. Duduk rumah rupanya lagi tak bergerak. Mana taknya turun bawah sarapan, basuh baju, sidai baju, tengok tv, tengok laptop, makan tengah hari, tengok tv, tidur, duduk tepi kolam, siram bungan, angkat baju, tengok tv, naik atas, mandi etc Haa ape yang bergeraknya. Weekend or malam je, dapat berjalan sikit sebab kadang-kadang husband ajak g mall or makan luar. Haha tu jela aku exercise.
Ramai orang kata minum air kelapa dapat bersihkan baby masa keluar nanti. Maksudnya bila keluar, baby tu bersih je. Tak pasti lah bersih macam mana. Wa minum lah juga. Setakat ni minggu ni dah dua kali. Rupanya orang kata jangan letak gula dan ais. Wa punya la soh dia letak haha. Pasni kene cari lagi!
Hari rabu yang lepas, Wa tengah duduk-duduk nak mandi, tetiba rasa ada air mengalir. Bila bangun, nampak warna coklat. Rasa nervous juga, bila cek warna jernih. Macam bukan keputihan. Rasa tak sedap hati. Wa memang ada keputihan tapi tak pernah jadi warna coklat. Jadi agak confuse di situ. Dan dia cair. Sambil-sambil tu google la. Teringat nurse kata kalau berwarna selalunya baby dah berak. So tak boleh tangguh2 buat pemeriksaan. Wa pun kuatkan hati, kata nak pergi cek kat hospital memandangkan Wa akan due esoknya. So, call suami dan beritahu parent. Nasib suami dah otw balik. Kami siap-siap dan terus bertolak....so, nanti Wa sambung entry lain k, pengalaman Wa di hospital suspect leaking.
Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.
ReplyDelete