As Salam, Wa sihat Alhamdulillah. Di kala ambang menunggu kelahiran si kecil, kini Wa dah nak masuk 36 minggu pada hari Jumaat ini ! Oh my. Masa cepat sangat berlalu. Rasa gementar dan takut tu memang ada. Sampai jadi macam paranoid. Ok nanti kita cerita pregnancy update 35 minggu nanti. Apa yang jadi masa ni?? Especially mulut2 orang sekeliling yang asyik tanya itu ini sampai kita naik pening nak dengar. I bet ramai yang ibu-ibu lain yang first timer pun jadi macam ni hehe.
Nasib la da kasut Scholl yang sedap ni! Recommended for pregnant ladies! |
As per 3rd trimester bermula, dan akan berakhir tak lama lagi. We planned to spend a holiday. Since lepas kahwin..lepas holiday kat Melaka dan Penang, dah tak pergi holiday lagi. Especially untuk berdua. Nanti lepas beranak, lain pula feel kan. So, we all saja cuba nasib tengok booking.com. Untuk check in hari Ahad, we all dapat RM349 tak termasuk tax. If termasuk ada dalam RM400 lebih sikit. Harga ni tak termasuk untuk breakfast. Harga ini untuk water chalet. Untuk garden chalet masa tu boleh dapat RM304 tak termasuk tax. For me, harga memang berbaloi. Kalau nak ikut kan pada hotel bertaraf 4-5 bintang.
Parking & Lobby
We all bertolak dalam pukul 12.30 tgh hari dan sampai di hotel lebih kurang pukul 1.15 petang. Ramai yang check out hari Ahad. Parking ada disedia kan di dalam kawasan hotel, tapi tak banyak space. Yang jauh sikit, ada banyak space cuma perlu jalan sedikit di sebelah lot hotel dan hadapan hotel. Guard ada jaga di dalam parking hotel, kata kan saja uols nak check in dan tunjukkan booking confirmation slip. Dia akan mudah beri kerjasama nanti tanpa banyak soalan hehe.
Kami perlu tunggu sekejap sebab bilik masih tak ready lagi. Dalam booking.com Wa ada minta husband note untuk special request untuk bilik yang dekat. Memandangkan bini dia yang montel ni dah tak larat nak jalan jejauh. Masa husband register kat counter pula Wa lupa nak pesan sebab dalam reservation online dia lupa nak letak. Maka, sesudah dapat kunci bilik (1.45 petang baru dapat kunci, check in pukul 2 petang patutnya), baru la menyesal dan teringat! Masya Allah dapat bilik hujung dunia. Nak jalan tu, memang azab le untuk ibu-ibu sarat macam Wa ni. Mengomel sepanjang jalan. Tapi gagahkan juga. Sakit kaki tahu!
Kami perlu tunggu sekejap sebab bilik masih tak ready lagi. Dalam booking.com Wa ada minta husband note untuk special request untuk bilik yang dekat. Memandangkan bini dia yang montel ni dah tak larat nak jalan jejauh. Masa husband register kat counter pula Wa lupa nak pesan sebab dalam reservation online dia lupa nak letak. Maka, sesudah dapat kunci bilik (1.45 petang baru dapat kunci, check in pukul 2 petang patutnya), baru la menyesal dan teringat! Masya Allah dapat bilik hujung dunia. Nak jalan tu, memang azab le untuk ibu-ibu sarat macam Wa ni. Mengomel sepanjang jalan. Tapi gagahkan juga. Sakit kaki tahu!
Water Chalet and Garden Chalet
Untuk yang nak kan permandangan yang cantik, dengan laut terbentang luas dan perlukan privacy. Water Chalet memang pilihan yang tepat. Sebab kedudukan chalet yang diatas air dan jauh sedikit dari daratan (tak lah jauh mana haha) if uols dapat bilik yang scenary cantik, memang kena berkorban sikit lah nak jalan tu. Agak santai lah sebab boleh hirup bayu laut hehe. Sambil tengok permandangan indah laut. Tapi Wa gayat jugak tengok laut haha. Oleh kerana tempat entrance untuk chalet no 800-899 (kalau tak silap) sedang diperbaiki. Diorang sibuk tukar kayu untuk lantai. We all kena masuk dekat entrance chalet no 900. Bayang kan nak pusing chalet baru la sampai ke chalet kami. Agak jauh buat pusingan tu. Kalau malam rasa macam sunyi sangat. Hanya ada lampu hiasan yang tak berapa nak terang tu. Ala romantik la konon. If orang penakut memang tak jalan sorang hehe. Oh please dont, kawasan situ agak malap sikit cahayanya. Memang la mendatangkan mood romantik. Tapi..me? Naa-ahhh. For those yang honeymoon sangat sesuai.
Garden Chalet lebih murah harganya sebab letak di darat atau mungkin permandangan indah agak terbatas. Dia terletak dekat dengan food hall dan berhadapan dengan kolam mandi. If berkeluarga, memang Wa suggest ambil garden chalet. Tak perlu ambil water chalet pun takpa sebab diorang boleh enjoy sebab pool dekat sangat. Selain tu, gym dan indoor games, kids playroom, bilik movie pun dekat. Paling Wa suka dekat dengan private beach. So boleh turun, jalan di tepi pantai. Dekat sangat. Best kan?? Agak potong mood sikit lah sebab dapat bilik jauh even permandangan cantik. Tapi sebab sakit kaki dan penat, jadi spoil sangat. Plus environment terlalu sunyi tu buat Wa nervous haha. If memalam nak lepak jalan, kena fikir 2 kali nak keluar. If uols dapat bilik 300 - 799 maybe ok lagi la kot.
Kemudahan & Entertainment
Bagi Wa memang banyak kemudahan kat sini. Antaranya macam Wa sebut tadi, gym, indoor games, bilik permainan kanak-kanan, mini panggung wayang untuk keluarga, spa, mini zoo, kolam renang kanak-kanan dan campur dan kolam renang dewasa saja. Ini yang Wa nampak lah, tak pasti if ada entertainment lain. Ada juga untuk yang berminat nak main bot2 ni. Untuk kolam mandi memang besar dan sangat bagus asing kan. Yang untuk campur, biasanya keluarga, rasanya if weekend memang penuh kot. Tapi untuk kolam dewasa besar dan paling seronok burung merak bebas berkeliaran dalam kawasan hotel. Besar dan jinak, tapi nak pegang memang tak dapat hehe. Depa lari.
Ni pool yang boleh campur |
Yang nampak bumbung merah 2 tingkat tu Garden Chalet |
Breakfast, Seafood, others
Malam Ahad tu, lepas Isyak we all google cari tempat seafood. Kalau nak ikutkan banyak sangat seafood kat tepi jalan, tapi tak tahu yang mana sedap. Ramai juga yang post pasal Medan Ikan Bakar Majlis Port Dickson. Dalam fikiran Wa dah terbayang macam kat Kuala Perlis atau di kebanyakkan Medan Ikan Bakar. Mesti banyak pilihan. Bila sampai tengok ada dua kedai je yang bukak. Dan ikan tak banyak pilihan. Memang nampak fresh dan besar-besar. Kerangan pun tak ada sangat. Sebab ada pepahat kat kedai makan Samudra, we all plan makan situ. Kami pilih ikan siakap potong dua, masak stim limau dan bakar kosong. Sotong dua ekor (besar juga) masak celup tepung, udang harimau 4 ekor masak sambal dan pepahat masal sambal. Uols rasa berapa semuanya? Kalau nak ikut 2 perut memang la banyak sangat menu kami pilih haha. Sampai penuh meja. Ada la orang pandang-pandang. Yang Wa pelik nak mintak udang goreng butter berkuah dia taknak buat, dia kata kering sahaja. Pelik tak, tambah susu je padahal. Ish sabar je. Semua sekali RM95 macam tu. Husband kata murah! Apa uols kata? If nak kata sedap, hmmm tak recommend la rasa tu. Ada lagi sedap Wa pernah makan. Sotong celup tepung failed. Sayur kailan ikan masin memang sedap. Udang sedap la jugak sebab fresh.
Pagi isnin tu we all malas nak cari breakfast luar. So, we all makan breakfast dalam hotel. Kena bayar RM45 seorang dewasa. Makanan dia simple dan sama kebanyakkan hotel lain. Wa bagi 3/5 rate. Ok-ok saja tiada ada apa yang menarik sangat.
For all, holiday ni agar relax kan minda sekejap dari kerja. Cuma penat sangat Wa kena berjalan jauh. Jadi tak berapa nak relax untuk badan. Nak berenang takda baju mandi hehe. Ahad lepas telefon pula hilang. Habis gambar PD hilang. Trace balik tak dapat sobs. Selamat Berbabymoon!
Post a Comment