Selepas saja peristiwa berdarah itu, minggu depannya Wa buat pergi buat Buku Merah. Ramai yang suggest buat checkup dekat government saja. Memandang percuma dan pemeriksaan yang lebih details. Masa consult dengan doctor Az-Zahrah pun dia kata pergi government. Tapi kalau ada duit lebih, nak ke swasta pun boleh. Cuma checkup memang tak details macam government katanya.
So, Wa plan ambil cuti. Pukul 8 keluar rumah, Wa pilik KK Bangi, sebab mungkin lepas bersalin duduk di Bangi, jadi senang lah sikit rekod semua di sana. Pukul 8 memang penuh orang. First time datang, pergi Kaunter Pertanyaan. Dia minta masuk ke dalam terus ke kiri ada kaunter. Beritahu nurse nak buat buat buku. Dia minta alamat rumah. Then bila ok, dia bagi buku dan beberapa salinan untuk rekod klinik. Ada juga yang duduk di sekitar Bangi (bukan Bangi tapi dekat dengna area Bangi) dia minta ke KK Sg Chua. Tak dengar pula kat mana dia duduk, tapi rasanya before pergi better tanya KK mana yang sesuai untuk register. Pentingnya alamat yang ditulis, untuk nurse buat pemeriksaan ke rumah nanti.
Tak perlu pulak bawa apa-apa dokumen. Cuma I/C dah cukup. Lepas isi buku merah, serahkan pada nurse dan tunggu beberapa minit (lama juga). Nurse ke-2 ni akan timbang berat, ambil tekanan darah dan tanya sejarah penyakit keluarga, kita ada sakit ke, umur, duduk mana, mengandung ke berapa, bila kahwin, merokok ke tak, bila last period dan dia kira kan terus, due date bersalin. Semua pertanyaan tu ada tempat untuk diisi dalam buku merah tu. Nurse akan isikan. Btw, if berisiko dia akan tanda merah. Berat Wa dah tentu kene tanda merah haha. And tekanan darah Wa memang tinggi. Merah dia tanda. Masa tu memang Wa tak tau nak baca tekanan darah. 135/60. Stress kot tunggu lama. Pastu berdebar-debar lagi, apalaaa nurse nak cek lagi.
Kemudian dah selesai, dia minta tunggu depan bilik sebelah untuk giliran ambil darah. Letak buku dan tunggu nama dipanggil. Nurse ke-3 ambil darah beberapa botol. Untuk saringan HIV dan apa lagi tah T_T lepas tu, pergi makmal hantar sample dan bagi sample air kencing pula. Lepas tu anta sample kat kaunter. Kaunter dalam toilet saja. Jadi taklah malu nak usung sample tu merata. Tunggu nama/nombor keluar then ambil keputusan dan letak buku dalam bakul bilik yang dah Nurse ke-2/3 bagitau tadi.
Lepas tunggu sampai berjanggut, masuk untuk jumpa nurse ke-4. Dalam ni bilik share dua orang sekali jumpa. Ada dua nurse dan dua patient maksudnya. Nurse tanya balik soalan nurse ke-2. Sebab darah tu agak tinggi, dia tanya pening tak. Sebelum ni cek normal tak. Then, dia cek ada tiroid ke kat leher, dan mintak baring kat katil untuk cek breast. Lepas cek dia, dia kata ok then dia akan bagitau pasal pemakanan nak jaga masa awal mengandung. Dan suggest untuk bagi makan ubat apa. Dia bagi Wa ubat yang all in one. Jadi tak perlu ambil banyak pil. Sebelum tu dia minta tunggu nombor keluar kat bilik doktor untuk consultation dan scan. Tak lama lepas tunggu, nurse panggil balik. Maybe sebab tak sempat kot, nak pukul 12 and rehat. Takut tunggu lama, dia minta ambil ubat terus dan buat appointment doctor sahaja untuk scan 2 minggu lagi.
Selepas ambil ubat, Wa pun balik. Nasib cuti, memang Wa flat balik tu baring je. Penat sangat rasa. Memang Wa tak mabuk, tapi cepat sangat rasa penat dan mengantuk. So, pilih lah KK yang berdekatan dengan rumah yang anda duduk.
Fuhh... susah juga preg ni kan...?
ReplyDeleteHuhu tu lah pelik orang banyak tanya..bila bila bila..Bukan senang nak pregnant. Badan kita yang tanggung. Dah pregnant macam-macam pula. Tapi takpa, tuhan dah janjikan pahala yang banyak untuk ibu mengandung :) Syukur dan sabar banyak.
ReplyDeleteWife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin.
ReplyDelete