Food & Travel Penang 3 : Penang Hill, Pagoda, Wall Art, Nasi Dalca, India Street, Sup Hameed, Burger 4 segi

Friday, February 20, 2015

Awal pagi, Aunty Pah bagi sarapan baik punya. Lempeng kelapa cicah sambal yawww! Selepas tu, kami bersiap untuk pergi ke Penang Hill dan Pagoda. Saja MIL nak tunjuk cuci mata. Orang Penang sendiri pun tak pernah sampai Pagoda kata dia huhu. Ok lah, kita layan saja.

Memang la packed dan jemmmmm strawberry! Jangan lah datang masa cuti. Btw, masa tu dah bazir masa sangat. So, sempat pusing depan tu saja snap gambar entrance saja.


Berdekatan tu ada Pagoda. Saja nak tinjau, kena naik beribu tangga. Memang tak dapat imagine pada mulanya. Penat juga, tapi sebab nak naik tangga tu, kiri dan kanan ada orang menjual, tak jemu la. Tahu-tahu saja dah sampai atas. Kat sini memang kena survey harga, harga memang jauh berbeza. Kalau t-shirt kami ada jumpa harga RM12 kat bawah, kat atas jual RM30. Benda yang sama. So, hati-hati membeli.







Selepas penat mendaki, kami teruskan misi untuk isi perut kosong. Nak cari parking memang lah payah kat area Kapitan. So, if uols tahu dekat deret kedai minyak wangi Badjenid (kalau tak silap nama dia) ada lot parking berbayar. Dari situ nak berjalan dekat je. Ada wall art besar kat situ. As uol known, Penang memang terkenal dengan wall art yang cantik2.



Restoran Kapitan memang popular kat Penang, my favourite food kat sana Chicken Milani, Bryani Ayam Milani, Cheese Nan Ayam Tandoori.



Memang aweseome Bryani Ayam Milani dia. Owh nampak juga ramai order yang dalam claaypot! Selepas menyantap, MIL nak cari rempah untuk stock rumah. Dia memang akan pergi beli rempah kat India Street, near Kapitan. Kat sini ada kedai Indai yang jual rempah bermacam-macam rempah. Yang tak pernah nampak and tau pun ada. 





Minum petang sambil mengimbau zaman muda bersama suami kata MIL, my favourite spot with my husband katanya. Ni Puree. Tak pernah makan tapi boleh tahan!




Lepas memborong rempah, hantar MIL tidur ke umah anak buah di Bayan Lepas. Balik tu dah flat kepenatan dengan rasa nak demam dan berak2 pula. Malam Si Dia ajak supper di Sup Hameed. Agak popular dan berdekat dengan Hotel yang kami duduk. Jalan kaki saja. Memang happening pada waktu malam. Cuma pada Wa sup dia tak berapa nak sedap berbanding Sup Power Ali di Kajang-Semenyih. Sambil tu Si Dia tapau burger 4 segi, stall dia dekat dengan Sup Hameed. Memang sedap dan besar sungguh! 





Ini saja cerita untuk hari ke - 3 di Penang. Hari ke - 4 InshaAllah Wa akan draft. Banyak tempat menarik nak pergi kat Penang, Itu pun tak habis pusing. Sorry lah blog adak menyepi, hormon tak begitu stabil haha.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.