Melaka Pre-Honeymoon Part 3 : ASAM PEDAS MELAKA LOT 85 & CAPATI KARI KAMBING PULAU GADONG

Saturday, December 27, 2014

Sambungan dari cerita Roti John...Esok pagi tu, kami bersarapan di hotel. Selepas tu jalan-jalan di Dataran Pahlawan. Tak naik pun Menara Taming Sari. Jalan-jalan cuci mata saja. Si Dia nak cari kasut Vans, Wa pula nak beli barang emas untuk mas kahwin. Orang tua pesan elok beli barang emas. Wa pun tak pasti. Tapi ikut saja lah.


Selepas tu, kami menuju ke kedai Lot 85, di Persiaran Hang Li Po. Pak Cik Wa yang introduce tempat ni. Parent Wa kalau datang Melaka, wajib singgah sini kalau nak makan tengah hari. Wa pula kali pertama nak mencuba, tapi nasib tak baik. Lauk banyak dah habis. Wa pergi dalam pukul 2.30 petang. Asam Pedas Ikan Pari je yang ada. Tapi sedap! Makan dengan nasi panas memang best. Sayang tak banyak pilihan masa ni.


Selepas makan, Wa nak pergi melawat ke rumah Pak Lang di Limbongan. Nak beli Kuih Keria Antarabangsa (Popular, tapi Wa tak pernah rasa lagi) tapi dah habis. Borak-borak sambil dijamu makan sekali lagi. Ok, Mak Lang punya Asam Pedas memang lagi sedap haha pekat gila!




Ya Allah, memang kenyang! Lepas Maghrib kami balik ke hotel rehat kan diri yang dah kenyang ni..tengok movie dalam bilik, tidur kejap sebab dah mengantuk then Si Dia kejut sebab lapar haha. Jadi, malam tu kami cari supper. Si Dia selalu lepak makan dengan geng motor. Jadi dia suggest nak makan capati di Pulau Gadong.


This is highly recommended! Gerai dia terletak kat betul-betul depan signboard Taman Pulau Gadong. Takda nama kedai ni, kami pun beberapa kali asyik terlepas. Agak ramai juga yang datang makan lewat malam. Wa tak pasti dia tutup pukul berapa. Yang best lauk nak cicah tu!! Wa sampai sini dalam pukul 10.30 - 11 malam. Lauk kami order kari kambing dan sardin...tapi sayang asam pedas ikan duri dah habis. If makan 10 keping pun tak perasan! Both cicah memang sedap gila. Ni orang melayu yang buat. Homemade capati. 

Si Dia memang tak suka duduk hotel kalau bercuti. Kerja berjalan saja, ada je nak makan hehe. If uols malam-malam pukul 10 keatas tu bosan dok hotel tengok tv, apa kata uols turun cari supper macam roti john and capati ni!! Ok da... Last entry untuk jalan-jalan di Melaka, lagi satu kedai Asam Pedas nanti Wa akan share. Bye!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.