I'm Officially Married

Wednesday, November 26, 2014

Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan, bersanding dan bertandang. Memang seronok rupanya jadi pengantin! Plus, rasa nak ulang balik masa :)))) I bet semua yang dah kahwin akan rasa benda yang sama. Rindu nak rasa cantik! Rindu nak naik pelamin! Rindu rasa indah :) 

Sepanjang mengharungi ke hari perkahwinan tu, banyak juga dugaan yang datang, tetapi atas sokongan keluarga dan sahabat, Wa tempuhi dengan penuh sabar! So, Wa nak share pengalaman yang buat Wa takkan lupa. Memang pahit tetapi hasilnya amat memuaskan. Nanti Wa akan review satu-satu vendor yang Wa pilih untuk uols baca.



Nikah
Wa demam selsema dan sakit tekak annnddd nak batuk at the same time. Bayangkan situasi tu masa nikah!!! I missed the moment bila babak sedih and the moment of all time. Bila selsema kita memang hilang fokus. Soksek hidung ngan pegang tisu, lagi. Habis makeup hidung mancung aiiii. Hehe. Paling tak best masa nak salam semua orang, lens tetiba nak keluar, dengan mata berair dan merah. Terpaksa masuk bilik dan bukak lens. Masa tu Wa terus lupa nak salam and peluk Baba, cari-cari tak jumpa. Rasa rimas, kelam kabut and hanyut dalam keramaian tu T_T 

Pelamin Nikah
Platform pelamin untuk hantaran yang Wa minta, tak sempat siap, memandangkan kawasan hall rumah kecil, dia suggest untuk letak platform yang jimat ruang, tak perlu kiub-kiub. Dah tak sempat siap, kita guna saja yang kiub-kiub saja. Tapi nampak ok je :) Agak lewat juga dia pasang sebab tunggu bunga fresh sampai. Dalam pkul 12-1 pagi siap. Outcome untuk pelamin dan hantaran memang Wa puas hati!! Tak menyesal ambil Fahrenheit69, later Wa akan review ye.

Pelamin Sanding
Seperti yang dirancang, orang pelamin boleh masuk pasang pada hari jumaat selepas solat jumaat. Tetiba, orang dewan kata ada event petang tu, jadi orang pelamin tak boleh masuk. Jadi clash dengan schedule diorang. Agak tegang situasi masa tu, mana taknya diorang sewa lori, dengan dan plan nak pasang kat dewan lain, agak jauh dari Putrajaya, then takkan nak patah balik. Oleh kerana, tiada pilih, terpaksa juga orang pelamin pasang lewat. Pukul 10 malam Wa datang tengok, diorang dah start pasang. Lega sangat, dan teamwork diorang sangat kuat. Bila team yang jauh dah siap, diorang datang Putrajaya untuk tolong siapkan, sebab dewan akan tutup pukul 12 malam. Alhamdulillah, orang main badminton pun balik awal, jadi diorang sempat siapkan malam tu tepat pukul 12 malam. Tak perlu datang sambung esok pagi. Yup, they are young and talented team from IndahWedding. I will review my pelamin later. Wa risau sangat warna peach + pink tak masuk dengan tema Purple, but it turned out very beautiful!!!

Make Up Nikah
Memula Wa plan nikah lepas zohor, tapi atas permintaan kelurga pihak lelaki, dilanjutkan selepas asar. Jadi kena lah Wa tukar schedule dengan Vee. Vee kata kene datang awal sikit, sebab ada customer lepas tu. Alhamdulillah dalam risau takut makeup awal sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Vee memang punctual!

Makeup Sanding
Kes yang sama, MUA ada customer tapi kali ni sebelum Wa, jadi risiko datang lambat memang ada. Sebab sanding pukul 1 petang, jadi dia minta makeup pukul 11, memang risau sangat. Tunggu punya tunggu, member dia datang untuk cover, dia suggest siap kat dewan. Jadi tukar plan la dengan photogragher semua. Tak dapat la shooting dalam bilik dengan baju and makeup yang cantik!!! Frust sangat, And my selsema become worst. Farah sampai kat dewan terus makeup Wa, ambil masa juga, sampai pkul 1 Wa masih bersiap lagi, masa tu kelam kabut sangat. Overall Wa puas hati hasilnya!! Memang ramai puji :)

Makeup Bertandang
Wa memang particular pasal makeup tapi since Si Dia tak bagi ambil MUA lain, so ambil la yang butik sedia ada. MUA dia jenis orang lama, jadi faham-faham lah, baju hijau, eye shadow hijau. Sadis, terpaksa ku telan juga T_T makeup memang cair gila, bulu mata tercabut bagai. Oh not recommend.

Photoshoot
Tak dapat nak buat outdoor sangat dengan baju Wa sebab hujan lebat sangat. So, terhad dia punya gambar. Hummmmmm harap sangat gambar cantik. Plus tak banyak pun gaya-gaya pose gitu. Untuk bertandang Wa tak berapa selesa sangat dengan baju dan makeup tapi masa tu pulak la tak hujan. Makeup memang dah cair sangat. Kene pergi outdoor, ngan baju kotor. Memang tak best.

Baju Nikah
Pagi nak nikah tu Wa sempat touch up sikit manik kat veil hehe, punya tak puas hati!

Baju Sanding
Terkena kuah ayam golek masa makan. Ni pramusaji tu la, nak letak kain napkin tu terkaut sekali lauk.

Catering
Lauk putus sekejap dan banyak bahan mentah tak sempat goreng. Makanan sampai lambat. Kek pengantin tak bawak stand!! And guna gelas buat tingkat dia. Memang hangin aku. Tapi sebab pengantin, Wa senyum je.

So, tu antara cerita-cerita yang haruuuuuuu pada majlis. Memang lawak, sakit hati, happy semua ada. Next entry Wa akan cerita details lagi ikut satu-satu ye. Overall, I'm happy semua dah selesai. Syukur Ya Allah!

4 comments

  1. Selamat pengantin baru:)
    Tak sabar nak bace review..

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru, Wa! Sedih, geram dan sakit hati kan bila majlis kita jadi hura-hara. Saya pun ada banyak nak share tapi malas nak menaip. Hehe. Tak sabar nak baca dari awal sampai akhir majlis Wa. Jgn lupa update k... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ dear, memang nak update sangat ni, tunggu gambar cantik dari OP :)

      Delete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.