Sebelum tempah baju untuk nikah/sanding. Mesti dah banyak berimaginasi atau berangan nak pakai baju yang macam mana. Wa jenis suka yang simple and sweet. Memandangkan Wa beli kain sendiri, jadi Wa nak baju tu nanti boleh dipakai selepas kahwin. Jadi, just nice if design yang Wa sendiri selesa untuk pakai.
Kebanyakkan design yang Wa suka jenis menggunakan kain chiffon silk plain, ada pacthing dengan lace, butang2, dan kain yang flowy. Wa rasa kebanyakkan design terkini memang jenis macam ni. Adore sangat dengan deisgn baju macam tu. Kain butter yellow macam ni, kain ni Wa jumpa masa pergi butik Mylea, Bangi. Actually kuning macam kayu yang kelima. Dalam ni nampak macam cream.
Warna
My favourite kebanyakkannya tengok design dari ;
Butik Pengantin ;
Arma Couture, Ari Wedding, Zaha Wedding Planner, Zamrima Touch,
Others;
Dwen Raha, Nurita Harith, Linda Rahim, Noreen Hashim, Mimpikita, Fuzana Mokhtaza, Najib Salman, Dorra
Kebanyakkan baju nikah if tempah butik pengantin kain sendiri RM500-RM700++ depends on design. If designer (jr.) can be upto RM900-RM1,500++ (kain termasuk). Harga-harga ni termasuk upah jahit baju, shawl, veil, upah workmanship.
Veil
Suka dengan Arma Couture punya veil! This picture was taken from Arma's FB Page.Dia selalu pakai chiffon, nampak sweet, kemas dan simple! Veil atas punggung dan halfmoon. Lace patching lebih dari bahu, Wa tak berapa minat yang atas kepala saja. This one memang my inpiration nak tempah veil! Perfect :)
Baju
Baju ni pun dari Arma, tapi kebanyakkan design sekarang lebih kurang macam ni. Sorry gambar tak edit hehe. Suka double layer lace kat bawah tu. I'm planning nak buat macam tu, lace kat tangan dan dada macam 2nd picture. Butang kat belakang baju dan tangan :) Got my idea ? I bet uols dapat bayangkan. I love baju yang buat lace kat bahu tu..macam ni hehe, tapi since pakai tudung macam tak berapa nak berfungsi sikit lah lace tu kan. So, tukar lah nak design macam 2nd pic tu.
Kain
Semestinya flowy2 ala-ala princess. Tak nak meleret, just nice je. Kain ni dia panggil kain potong panel. Berapa panel ? Lagi banyak lagi flow dia cantik!
Last-last Wa pergi tempah dekat Wedding Galore. After all butik survey kat merata tempat..keluar masuk pameran, nampak dia banyak pengalaman dan harga reasonable. Butik dia berhadapan dengan PKNS Bangi. And paling senang nak pergi sebab dekat dengan rumah! Hope dia buat seperti yang Wa verangan kan!
** Semua gambar ini diambil dari Arma FB Page, IG individu.
Sama la kita... Hehe. Saya pun suka yg jenis kain chiffon silk, lace, butang-butang dan kain flowy. Saya tak suka kain meleret dan sarat dgn manik. Sikit-sikit ok la sbb saya jenis yg simple. Baju saya dah siap tapi kecewa sikit sebab tailor buat tak 100% seperti yg saya nak. Huhu. Jahit manik pun alahai langsung tak cantik dan tak kemas. So, terpaksa saya jahit sendiri semula. :(
ReplyDeleteHi Puteri, frust kan rasa bile tak dapat macam yang kita nak. Itu yang Wa risau bila hantar tempah. Nak hantar designer tak mampu T_T
DeleteMemang frust sangat, Wa. Kira nak beli designer punya baju tapi sepasang RM1k++. Perghh.. bukan tak mampu sebab masih dalam bajet juga tapi bila difikirkan duit RM1k tu banyak lagi kita boleh guna kemudian hari. Lebih baik guna duit RM1k tu pergi honeymoon ke..berbaloi lagi. Ada kenangan. Ini baju sepasang RM1k tu pakai cuma sehari kot. So, membazir. Lain la kalau banyak duit. Tapi kalau banyak duit pun kan tak elok membazir. Baju saya 2 pasang (termasuk kain beli di Jakel + upah jahit) RM980 je. Murah kan? Hehehe... Best pula cerita pasal B2B ni. :)
DeleteWah, cantiknya Wa. Suka Shiffon dan flowy
ReplyDeleteSaya B2B, tengah survey macam mana nak upah sendiri. Nak sewa mahal. Better buat je. Lebih murah dan boleh pakai lagi.
Yup betul. Tapi make sure pakai lagi. Btw, kat butik baju readymade pun banyak jual yang ala-ala nikah or tunang siap veil. Harga pun ok dalam bawah RM400. If Wa ada size memang beli je dah siap!
Delete