Chiffon Beaded : Baju Tunang

Saturday, December 21, 2013

Still in the mood. Even almost 3 weeks. Hari ini nak share my baju tunang. Wa ada cerita sebelum ni, macam mana wa dapat kain tunang ni. Soo unplanned. And satisfied at last. Maaf la, emosi. Memang jatuh cinta. Warna kain memang bukan choice utama, sebab dah suka beaded dia, jadi tak kisah pun warna apa.

Actually nak tempah kain chiffon beaded jangan hantar sebarangan. Sesetengah tailor taknak ambil sebab leceh nak jahit. Kene bukak beads dia dan jahit balik, dan ada tailor ambil dengan harga yang mahal. Wa ada tanya designer macam mimpikita (and some others), diorang tak terima kain untuk tempah, if nak tempah kena ambil kain dengan diorang untuk jaga kualiti dan nama. Oh baru ku tahu =.=. Since dah ada kain, tak boleh buat apa. Ada juga yang ambil contoh yang Wa ada tanya Ken Anwar dalam RM400++ huhu.

So, last decision Wa decided cuba dekat Dzul Classique kat Kajang. Butik ni popular dikalangan artis masa dulu-dulu, I think. Paling popular baju melayu. Bila pergi tempah kat sana, jumpe loyal customer masa tengah tunggu, dia kata dah 3-4 tahun tempah situ dan berpuas hati...Nahhh malas fikir, tempah..RM270 and satisfied, memang selesa. Yang best, dia cuma ambil ukuran panjang baju, bahu, panjang lengan, kain, pinggang je. Sampai confuse wa, napa ketiak tak ukur. Tapi bila dapat baju it was perfect measurement !
Boleh tengok close up kat sini :)





Anyway, warna biru ni bukan macam cyan blue, dia a very soft pastel blue. kata si dia, baju pengawas. humm suka hati la! Actually, susah nak cari warna yang seakan sama dengan warna kain ini, Sebab tu beli veil sampai 4-5 helai sebab nak matching. Lastly, decide je pakai last choice jumpa kat Jalan Tar. Warna dia agak terang lagi, tapi bila dah pakai, the colour blends well. So far, if any readers yang plan nak tunang, ada 3 option following your budget untuk cari baju/kain tunang ;

1 ) Ready Made
Banyak butik yang jual baju kurung moden chiffon bermanik yang harga jauh lebih murah dari tempah. Harga dalam RM100-RM300. Untung yang badan senang cari saiz :)

2) Kain dan Tempah
Ini pilihan Wa, since I'm a plus sizer, I'm prefer tempah. Lebih selesa dan puas hati. I'm a very picky juga, susah sangat dapat yang berkenan. Macam Wa kain dah siap manik, cuma tempah saja. Atau yang nak kain plain. Plain chifffon + inner maybe dalam RM200++ atau tempah kain + manik maybe dalam RM300 depends pada design, mungkin nak tambah veil. Survey harga untuk tentukan bajet anda. Ada yang DIY lebih jimat!



3) All in tempah pada designer
Ok, if ada lebih bajet, memang pilih option ni. Tapi bila kira kalau kita beli chiffon beaded dan tempah, kos dia lebih kurang sama dengan tempah 1 set dengan designer (bukan top designer la hehe) Average harga dalam RM1k ++ I think tu minimum. Depends on desgin + details jugak kan harga dia. Cuma yang puas, kualiti dan brand tu :) 

Keep survey and cari banyak reference. Make sure you puas dan suka! Good luck :)

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.