Open House 2011 : Late Update

Saturday, October 1, 2011

tahun ni rumah buat open house kecil-kecilan dan buat kenduri doa selamat untuk pertunangan abang. selepas waktu solat jumaat, orang surau datang rumah dan buat bacaan yaasin sikit. penuh rumah dengan orang sekitar taman juga. baru nak kenal jiran. kalau tak memang tak kenal kan. majlis bermula sampai malam. wa hanya jemput kawan-kawan rapat saja. tu pun tak ramai yang dapat datang. family rapat mostly datang sebelah malam sebab ada special kambing panggang huhu!! yang paling best my ex officemates ramai datang and my ex bos. dia memang best. layannnn je. kitorang ni dah macam anak dia dah. pada siang hari, makanan untuk tengahari ada nasi dan lauk. oh! nasi beriyani pun ada.





memang penuh rumah laaaa. sampai ke kolam. seronok sangat jumpa saudara-mara sebab masa ni je lah diorang dapat datang rumah kan. time tak raya, susah nak datang hahah. adat la tu. tengok diorang seronok betul makan kan?





so, bawah ni gambar my ex officemates. memang rapat gila macam adik beradik. mana nak dapat budak satu ofis yang satu kepala. susah senang sama-sama fikir. memang best kerja sana tapi sebab ada masalah yang amat lah dikesali kami semua berpecah buat haluan masing-masing. insyaallah, kalau ada rezeki kita dipertemukan dalam syarikat baru cheewahhhh. selalu kita dengar kan officemate cam celaka. hahah, tapi bukan kami. kami sepakat :) i love your girls. terima kasih kerana membantu, dan kita akan kekal jadi sahabat!! thanks juga pada our bos. susah nak cari bos macam puan, yang jaga nak anak buah macam anak sendiri. ajar kami, menjadi pekerja yang bagus!!!




and me, as usual :)

oh rose velvet on my lips hehe



Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.