Essence Cosmetics. Cheapest Makeup !

Sunday, September 18, 2011

pernah dengar tak Essence Cosmetics? wa pernah jumpa dekat watsons alamanda. sebaris dengan brand makeup baru yang lain elite paris. tapi wa lebih tertarik dengan Essence sebab harga dia murah dari yang lain dannnn kualiti pun bagus. kira setanding dengan kualiti makeup dalam watsons. tak percaya? cuba try dia punya lipgloss dan eyeshadow. tak semua yang pigmented tapi quite good la dengan harga tak sampai RM10. wa nak beli single eyeshadow dia tapi warna yang wa nak dah habis. dan banyak jugak warna dah habis. means ramai yang beli. 

kalau pergi kat section dia memang banyak yang tinggal sikit. takda pilihan sangat. tak sabar nak tunggu stok baru dia sebab nak try!! wa sempat rembat, satu warna. hot pink, tak pernah wa try warna ni. selalu ambil natural, pink je. memang best, tahan lama. warna dia memang macam dalam tube dia. sumpah! lepas ni wa nak try lain pula hihi. im a huge fan of lipgloss kan :) oh harga dia RM9.90 sahaja. then my friend bagi lipgloss stage, fortuna. warna dia coral gitu. memang wa nak try warna coral. nak beli revlon RM30++. plus stage memang bagus. 

wa pergi elinto, dan jumpe baked blusher dia, RM29. memang geram sangat tengok sebab semua warna wa suka. ingat nak beli 2, satu warna ala-ala bronzer dan yang wa terbeli ala-ala warna coral sikit. bila dah jumpa yang dicari, balik dengan hati senang :) enjoy the swatches. bye




2 comments

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.