Ayam Berdiri atas Meja Makanku!

Sunday, June 26, 2011

lama betul tak update! im quite busy now, sebab beberapa peristiwa yang berlaku kat office. ala tsunami la jugak. dan menyebab kan diri ini tidak begitu stabil dari segi emosi. oleh kerana itu, masalah boleh di lupakan dengan bersama keluarga dan kesayanganss.

semalam, we had a great window shopping kat alamanda untuk cari persiapan merisik abang ijan keesokkan harinya. wahhh, sale rupanya! panjang leher sekejap, tapi poket agak kempis waktu ini. sempat jugak rempat 1 kemeja ala blouse kat reject shop. tempat kegemaran ku! dah aim beberapa helai untuk ku rembat nanti selepas dapat gaji kahkahkah. malam tu, baba belanja makan kat seksyen 1, bangi. berdekatan pasar basah. satu insiden berlaku, ada kereta kelisa melanggar kucing :( tak sanggup nak tengok kucing tu putus nyawa. ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa seksa nya kucing tu. menggeletik dia atas jalan. subhanAllah. aku benci lihat binatang yang teraniaya terutama kucing.

rasa nak menangis. tapi tahan je. sampai je kat restoran tu, terus order berduyun-duyun menu. memang tak ingat la. seronok makan satu family. tak lama lagi tambah lagi kak ipar :) ramai la keluarga nanti.





ok ayam tu nampak cam kejam tapi lawak hahahah. sedap sebab ayam roasted dengan sos butter, madu and lemon!! memang best :) ikan siakap masak stim lemon pun sedap. selamat mencuba!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.