My Job : Site Visit at Tanjung Malim

Sunday, March 20, 2011

Hari khamis yang lepas, my boss suruh wa pergi site visit dengan project manager and my officemate. sebenarnya, wa tak tahu menahu projek ni sebab wa di ajak hanya untuk meneman kawan wa. boleh tak macam tu hehe. perjalanan yang indah, sebab highway ke utara lebih cantik permandangan daripada highway selatan kan. nampak bukit-bukau, bukit batu, aihhh hijau semua.


ini lah bukit batu yang wa cakap tu haha. perjalanan mengambil masa 1 jam dan kami selamat sampai pukul 1. sampai je kat upsi kampus baru, kami tunggu arkitek projek untuk bagi briefing. actually kami dapat offer untuk supplier furniture, even tak semua furniture tapi memang banyak. bayangkan kan satu bilik nak pakai whiteboard dan meeting table. so, tujuan kami datang nak confirm kan finishes apa nak guna untuk furniture. kami bawak sample untuk arkitek pilih. maklum lah arkitek ni cerewet. uhuk2 maaaf cik arkitek.

setelah di beri sepatah dua kata, kami pun bergerak ke site. perghhh, memang besar gila kampus ni. memang berpeluh-peluh ! naik dari blok ke blok, dari satu tingkat ke satu tingkat. kami perlu buat measurement terlebih dahulu, biasalah dalam drawing lain, pergi site lain. so, untuk pastikan measurement tu tepat, kite kena ambil tape dan ukur! even, nak buat meja pun kene ada calculation space taw! sebab nanti buat-buat meja, aihh tersempit pulak bilik. tiada istilah ter ter dalam bidang ni. salah ukur, tanggung la rugi ye.

setelah habis satu blok kami jelajah, tekak pun da kering. kami minta untuk pergi makan tengah hari. destinasi kami keYik Mun The Famous Pau in Tangjung Malim. wahhh, hebat name kedai makan ni. wa sebenarnya, memang tak tahu tanjung malim ni terkenal dengan pau hahaha. patut la bos wa asyik promote pau je.


ini lah pau yang famous tu. lembut gila la!! memang sedap. yang bestnya, wa lupa nak beli yang frozen untuk my mom. too bad :( harga kat kedai ni memang agak mahal sedikit. maklum lah kedai dia ni famous jugak, selalu masuk paper. for me, menu dia nampak menarik cuma presentation makanan agak simple. tak macam harga dia. ok la not bad, wa order nasi ayam. selepas makan, kami sambung kerja yang tertangguh. penat lohhh. my boss asyik gelak je, tengok my friend and i mengeluh penat.

tak habis pun semua blok. kami hanya sempat ambil measurement 16 bilik sahaja daripada 44 bilik. itu pun dah lembik k! oleh sebab AV engineer yang teman kami tu ada meeting, so kami tak dapat terus kan kerja kami sebab kami pun tak tahu mana bilik-bilik tu dan hanya dia saja ada kunci. ok, the best thing is, kami balik hahaha. dalam kepala wa, kalau dapat air kelapa kan sedap. my boss pun agreed. few minutes after bertolak, terjumpa orang jual air kelapa !!! horeyyy, sumpah sedap. ni memang fresh sebab tak guna air. pure air kelapa. ouh heaven! kami pun terus kan perjalanan dengan senang hati sambil layan lagu jamal abdillah. after that, wa kate ' en.t****, kan best kalau makan durian kan ??!' my boss pun cakap ' hang ni memang la, salu buat aku terliuq la. hang nampak je orang juai hang bagi taw awai2'. hahha best dapat boss cam dia. baik dan murni budi pekerti.


ok saat ni, anda semua jangan confuse. sebelah kanan berwarna hijau seperti bola tu bukan durian hahhaa. tu perut my boss. dia nak beli durian untuk bini dia. last-last tak jadi sebab durian dia semua buruk, rugi :( wa pun tak jadi nk beli makan kat situ. so, kami pun terus kan perjalanan balik ke ofis tercinta. dan kami tidur dengan nyenyak sehingga tiba. dan boss wa jadi driver kami. thank you boss!


2 comments

  1. baiknye bos! dah kawen ke?? =P hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha. selalunya, kalau dah perut bulat camtu. dah kawin :P

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Wakdingding. Design by FCD.