salam semua. ceh cam ramai je pembaca hehe. tahun 2011 sangat memberi tuah pada wa. kenapa? sebab banyak perkara yang tejadi awal januari. and my birthday tak lama lagi. hmm 24 tahun, macam tak percaya. orang kata dah boleh kahwin. wa nak cerita tentang blog shawl :)
the idea
paradiscarf2u? apa dia. mungkin ada yang tidak tahu, wa si penjual shawl :) yeah, wa dah start lama dari tahun 2009 tak silap. masa tu wa semester 2 di uitm shah alam. idea jual shawl datang masa kelas MGT415. masa tu mengantok yang tidak terbendung lagi, hingga menyebabkan wa berangan-angan. kan best kalau business shawl. masa tu shawl yg RM10 baru popular. bayangkan dulu, wa beli plain shawl hitam RM30??? masa tu kat pkns shah alam.
first blog
then, wa trus sms mama. tanya, wa nak business!! exited sungguh, dan terus hari sabtu pergi cari stok selendang. start with 20pcs shawl wa jual, dan habis dengan laku nya. masa tu nama blog wa SHhawls! Online Shopping. jual kat kawan-kawan kelas paling laku. yang jakunnya, setiap saat tengok blog sebab nak tahu siapa yang tengok blog kita hahaha. asyik-asyik refresh memanjang.
160 followers
wa post juga kat blog. sambutan memang menggalakkan sehingga wa cuba buat custom made. wa pergi bandung dan tak lepaskan peluang cari kain di sana. memang cantik, dan murah. saat-saat tu, memang aktif berbusiness sehingga follower mencecah 160 followercsekarang. ok even tak ramai seperti follower blog anda tapi bagi wa, itu sudah memadai :)
berehat seketika
pada semester akhir, wa berhenti seketika berbusiness sebab nak tumpukan perhatian pada final project dan exam. masa tu memang tak ambil stok langsung, if ada pun, jual sikit-sikit dekat budak kelas. blog memang layu masa tu. dan customer pun lari :( itu kelemahan bila business.
cabaran
wa jumpa macam-macam customer dan paling tak suka customer yang fussy. seperti biasa, if you nak beli barang online, you kene tanggung risiko. maybe ada yang tak jujur dalam online business tapi tak semua. banyak blog yang boleh anda percayai. mungin parcel tak sampai-sampai sebab owner tu tak sempat nak pos, atau posman lambat, banyak juga kemungkinan. alhamdulillah, wa tak pernah hadapi masalah complaint dari customer. if lambat, selalu wa akan msg customer.
seronok
paling seronok bila ada yang suka beli dari kita. yup, selain keuntungan kepuasan pelanggan juga sesuatu yang menyeronokkan! dan bila anda ada loyal customer. bukan senang nak dapat loyal customer sebab sekarang banyak blog yang jual shawl kan. paling best, bila ada salah seorang customer juga bukak blog online selepas lihat blog kita, and even wa pun beli shawl kat dia haha.
paradiscarf2u
selepas habis belajar, wa berazam nak buat rebranding dan lebih aktif. susah nak dapat kan customer kita balik sebab hampir setahun berhenti business. dan kita ketinggalan beberapa trend shawl. mesti kita nak tahu sekarang trend mana yang popular kan. paradiscarf2u di tubuhkan dengan gabungan wa dengan bestfriend wa bernama zana. dia ada pernah bercadang nak jv dengan berbekal modal yang lumayannnns. jadi kami cuba kembali dari bawah..alhamdulillah, kami diterima :) we have our own loyal customer. mula-mula agak payah. email pun kadang-kadang je ada masuk mesej untuk order. ish, seminggu sekali pun susah. tapi bila ada satu je masuk. happy gila. tapi sekrang alhamdulillah :)
untung
untung ke jual murah? wa tak jual harga yang tinggi. bukan apa, kadang-kadang customer pun tahu harga di luar sebenarnya berapa. they are not stupid. kebanyakkan loyal customer suka sebab wa jual dengan harga yang berpatutan. insyaAllah. harap-harap di teruskan.
angan-angan
siapa yang tak berangan kan? wa pernah terfikir nak jual baju dan kain cotton. tapi tu next project lah. bila dah cukup modal, insyaallah wa akan buat blog jual baju dan kain. selepas melihat kejayaan satu demi satu blog berjaya seperti radiusite, al humaira, colourscarfbyriqa, kita lebih bersemangat nak buat label sendiri. kedai sendiri (or maybe tak payah kedai, just online je), tag name, name card, own domain, etc. banyak benda nak kena buat untuk ke tahap seperti mereka. dan ramai yang ada blog juga berfikir berangan benda yang sama kan? :)
sekian terima kasih!
Post a Comment